Friday, March 25, 2011

stick...( A & M)?? (part 5)

hari ini aku tidak pergi kemana-mana.kerja aku hanya online saja.memamng itulah rutin harianku. facebook je memanjang. aku dijemput untuk menghadiri Reunion Party. siapa punya idea, aku malas mok ambik peduli. yang pasti bekas-bekas pelajar 5sc Bakti dijemput ke party tersebut. dan sudah semestinya aku datang, kerana rindu sangat2 dengan kawan2.maklumlah, masing-masing sibuk.

hey. ada nampak invitation saya?
tiba-tiba nurul chat dengan saya.
ada.

mesti datang tau? inform yang lain juga.

sudah semestinya datang. aku memang dah agak, awak punya keja la event ni.haha

rindu sangat la dengan kawan2.

perbualan kami terhebti disitu saja. tiba-tiba, telefon aku berbunyi.
" hye cutie." tak lain tak bukan, memang ricky.
" ye sayang?hahaha."
"ari sabtu ni ada reunion party. tau ke?"
"dah.baru je online tadi. nape?"
"awak bawa keta ek?"
" nak bawa, tapi abang pakai."
" bawa saya punya la. saya meybe lambat datang. ada urusan penting.then, i will call u to pick me. k??"
"oke2"
"oke!!.bye sayang." giliran dia pula mengusikku.terdengar bunyi ketawa di hujung talian.

tepat pukul 8 pagi. aku bertolak ke destinasi reunion party tersebut. inilah kali pertama aku memandu kereta ricky. sangat teliti orang nya. kereta dijaga dengan rapi. maklumlah, kereta dibeli dengan gaji sendiri. aku masih ingat lagi disaat dia ingin sangat memiliki sebuah kereta. dia sanggup bekerja sambil belajar. dan akhirnya, dia dapat memiliki kereta idamannya. dia tidak pernah berputus asa dalam mengejar sesuatu keinginannya. itulah yang aku suka pada Ricky.

" SHAMELLLL !!" jerit azlyn sebaik saja nampak aku keluar dari kereta. dia be;ari kearahku lalu memlukku. aku sangat rindu pada pelukan itu. butiran mutiara kerinduan menitis satu persatu dari mata azlyn.
" eh, nape nangis?"
" rindu sangat kat awak." tersendu-sendu dia menjawab soalan aku.
" dah...dah..jangan nangis lagi. kita dah jumpa pun ni." aku menenangkan dia sambil mengelap air matanya. Azlyn memang dikenali sebagai ratu air mata sejak zaman sekolah lagi.begitu mudah untuk dia mengalirkan air mata. selain Azlyn, Aqmal,zul, Roy dan michelle turut kelihatan. banyak perubahan pada diri mereka. masing-masing dah matang.haha. tapi yang tak berubah, adalah kenakalan.
" itu kereta eki kan? mana orangnya pulak?" soal zul kepada aku.
" a..ahh..kereta dia la tu. dia ada hal sikit, nanti aku nak jemput dia la." masing-masing mengangguk dengan penerangan aku. cheryl yang baru saja sampai juga terdengar akan perbualan kami.
" aiee..makin rapat awak dengan eki?" soalan cheryl itu seperti menyindir aku.
" ala..aku bukannya tak tahu pun. kan eki dengan shamel ni kawan dari skolah rendah. kalau pergi mana-mana mesti berdua. macam belangkas. macam tak biasa pula." kata aqmal. nasib baik la Aqmal sempat menjawab.
" a..ah la kau ni. macam la tak biasa. dia orang dah macam adik - beradik la." sampuk Roy.
cheryl hanya terdiam. aku tahu, semenjak ricky mula rapat dengannya, dia kurang selesa dengan aku. aku pun tak tahu kenapa. kalau dulu, cheryl la kawan paling rapat aku. aku rindu sangat dekat dia. tapi entah, aku tak dapat luahkan.
rupa-rupanya semua ex classmate aku yang datang kecuali Ricky yang belum lagi menelefon aku. riuh - rendah party ini dibuat mereka.maklumlah, dah lama tak berjumpa, banyak sangat nak diceritakan. orang yang aktif dari awal ialah Roy, Aqmal, Zul, Jimmy dan Alvin. mereka ini memang pantang berjumpa, kecoh habis.tak cukup mengusik antara satu sama lain aku dan nurul pula jadi mangsa. memang dari zaman sekolah mereka suka cari gaduh dengan kami berdua.haha. belum lagi kalau Ricky ada, lagi kecoh. sebut pasal ricky, apasal dia masih belum telefon saya lagi? aku segera mengambil telefon bimbit dan menghubunginya.
" hello, eki! urusan awak masih belum selesai ke? dia orang tu asyik tanya sal awak la."
" urusan lama dah habis. tapi kredit habis la. saya tunggu awak call je."
" alaa..apasal tak gi top up?? awak ni pun satu la. ya la..ya la..saya jemput awak sekarang." aku memang geram la dengan Ricky tu.kadang-kadang dia buat sesuatu tak pakai otak. langsung tak berubah. sepanjang perjalanan aku merungut seorang diri. sampai la dia masuk dalam kereta. dia hanya terdiam, dia sedar akan kemasaman wajah aku. geram juga dengan kebisuan dia itu.sebaik saja sampai di party tersebut. apalagi ricky, mula la tunjuk belang dia itu dengan geng2 dia. bukannya ingat akan kesalahan dia tadi.

" lyn, cheryl dengan Roy tu bercouple ke?" bisik ku pada Azlyn. aku kehairanan melihat cheryl asyik berkepit dengan Roy spnjang di Party itu.
" awk tak tau ke? dia orang teman tapi mesra. maklumlah, cheryl ni kan student yang paling famous n menjadi rebutan ramai jejaka." kata azlyn sambil ketawa. memang tidak dinafikan. dia memang cantik.
" budak tak kiut !" raoy memanggilku. dia memang lain dari yang lain. org panggil aku cutie. dia panggil aku budak tak kiut. memang selalu carik gadoh an aku.
" ye abg hensem !" usik ku pula.
" dengar kata awk dah jadi penyanyi, ada band lagi tu."
"ish, mana ada. band tu ada la."
" eleh, x mahu mengaku la pulak. ingat kite tak tau ke? ari tu awk nyanyi masa valentine day."
aku tersipu-sipu apabila aku terkantoi. rupa-rupanya dia ada juga kat majlis tu.
" kalau aku kahwin nanti aku jmput ko menyanyi ek? jimat sikit kos." giliran zul pulak mengusik ku..kawan -kawan yang lain turut trgelak.
" amboi, suara aku ni suara emas tau. ingat free ke?" balas aku pulak.
" ala...kita kan kawan."
" oke2, enough. korang ni, asal jumpa gaduh. pantang tak gaduh la. cam ni la apa kata kita suruh Shamel menyanyi." kata nurul
aku terkejut dengan cadangan itu. nurul ni memang talam 1000 muka la. mula-mula support kita, rupanya buli kita plak. omel aku dlm hati.
" cantek !!" kata Roy.
" TAK MAHU."
" alaa..sekali ni je." kata ricky.
" tak mau la. bukan nye ada gitar pun." aku cuba memberikan alasan.
" itu ko jangan risau. Zul xkan hidup tanpa gitanya. kemana- mana saja ada gitar." Roy pula mencelah. Zul datang lalu memberikan gitarnya pada ku.
" ala..tak mau la." aku masih teguh dengan pendirian ku.
" bukannya selalu pun kami dengar suara awak. please...kali ni je." Azlyn pula memujuk.
aku mengeluh dan terpaksa menunaikan impian mereka.

aku semakin resah melihat keakraban cheryl dengan Roy. seperti pasangan bercinta. tapi tak mungkin. sebabnya, dia mesti beritahu aku kalau dia ada kekasih. dan baru hari tu dia keluar dengan Ricky. aku mnjadi bingung.
" shamel, jom kita balik." dengan tiba - tiba ricky mengajak aku balik.
" ala, kejap la. party pun belum habis lagi." aku dapat melihat sesuatu pada riak muka nya.
" balik la. aku ada hal ni."
" hal apa lagi?"
" tak nak balik sudah lah. awak balik sendiri lah !" jerit ricky pada ku. aku terkedu melihat perangai dia tiba - tiba berubah. ricky berlalu masuk ke dalam kereta. aku berlari mengekorinya. kawan- kawan yang lain terpinga -pinga melihat kami berdua. aku segera masuk ke dalam kereta. berderum saja bunyi kereta dibawa oleh ricky. dia memandu dengan laju sekali. aku hanya membisu. aku tahu apa masalah yang sedang dialaminya. seperti biasa dia akn ke tmpat yg sama untuk meluahkan segala perasaan.
" kenapa semua ini terjadi mel?" katanya setelah sekian lama diam seribu bahasa. aku masih lagi tidak menjawab soalannya.
" aku tak sangka dia perempuan yang macam itu." luah dia lagi.
" apa yang berlaku, ada hikmah disebaliknya. yang penting kita tak berputus asa. dah la tu. aku jamin mereka berdua tiada sebarang hubungan. jom kita balik, dah lewat ni."
dia mengikut langkah ku.
" saya drive ek? awak tidur je. letih sangat muka awak tu."
dia segera memberikan kunci pada ku. tak ubah seperti robot yang menerima arahan.

No comments:

Post a Comment