Wednesday, April 27, 2011

27 april 2011

hey yawwwww !!! whats up? apa cerita ari ni owww?? hmm.oh ya aku story sal kmi keluar gi jogging semalam ek? tapi before tu aku story malam ari isnin punya cerita keh?

" deq. kita pergi makan kat tanjung keh?" cousin ku yang bernama isabell mengajak aku keluar malam tu. bukan kami berdua, tpi kami sekazen mazen tarzan. 2 buah kereta kami pergi. dh kami kenyang makan. apalagi jalan2 la kat tepi pantai la. tanjung ni dh sebati dengan hidup aku. ricky punya pasal la. selalu mengajak aku pergi kat situ, sampai aku jatuh cinta an tanjung.hehe. kazen mazen tarzan aku menghilang entah ke mana. ini la pasal kalau kuat berkhaya. selalu kena tinggal. ahhh, lantak la. pandai dia orang cari aku nanti. malas aku nak cari dia orang. aku pergi ke longgokan batu besar yang berdekatan an jeti. aku duduk kat atas batu tu sambil menikmati permandangan malam. bukan aku sorang je yang kat situ. ada sorang gadis perempuan dlm lingkungan 16 or 17 tahun. cantik orangnya. body pun lawa jugak. tp mukanya agak sedih. mataku sering melirik ke arahnya. takut2 dia cuba terjun ke laut untuk bunuh diri. tak pasal2 aku yang dituduh menolaknya. aku agak resah jugak la. sebab muka dia macam orang tengah stress dan sedang diselubungi masalah. aku bangun dan memberanikan diri untuk menegurnya.
" adik, adik tak apa2 ke?" soal ku.
dia hanya menggeleng. lega aku. sebenarnya aku ni tak la ramah sangat. aku ni pemalu orangnya. kalau dh terdesak sangat baru aku jd peramah.mcm sekarang ni la.
" baguslah kalau macam tu." kataku lagi.
" kenapa?" gadis itu menyoal sambil mengerutkan dahinya.
" tak, akak ingat adik nak bunuh diri tadi. akak takut akak yang kena tuduh menolak adik." jawabku sambil tersengih-sengih.
" akak, sy masih waras lagi la." jawabnya.
" bagus la. adik ada masalah ke?"
" siapa yang takda masalah, akak."
" chop ! kita duduk dulu, kemudian adik cerita kat akak semua masalah adik. mana tau akak boleh bantu."
dia akur dan kami berdua duduk. dia duduk bersila aku duduk sambil memeluk kakiku. sifat kebiasaan aku le tu.hehe.
" nama adik siapa? masih sekolah ke? adik datang sini sorang je ke?" bertalu-talu aku menyoalnya. dia hanya tersenyum.
" nama sy liana. sy tingkatan lima. abang saudara sy temankan sy pergi kat sini. sebab kalau dia ada masalah dia akan datang sini. tu la pasal dia ajak sy datang sini."
" mana dia?"
" pergi tandas. emergency katanya. melabur la tu agaknya."
kami berdua ketawa.
" adik ceritala apa masalah adik."
" terlampau privacy la akak. tapi, kenapa orang tak pernah memandang kebaikan kita? kenapa orang sentias cuba untuk mencari kesalahan kita?"
" akak paham. adik, adik nampak tak laut tu? sekarang ni dia pasang kan? camtu la hidup kita. ibarat laut, adakalanya ia pasang, ada kalanya ia surut. yang penting sekarang kita berfikiran positif dan sentiasa memandang ke hadapan. biar apa orang kata. dia pun sama seperti kita, ada kesalahan. manusia tak boleh lari dr kesilapan la adik." panjang lebar aku berceramah..hehe..
" akak, akak pernah bercinta ke?"
" tak."
" betul ke ni?"
" sejujurnya, tak pernah bercinta."
" sekali pun tak pernah."
aku senyum dan menggeleng.
" wow ! respect la sama akak. patut la happy semacam."
" nape? orang bercinta sedih semacam ke?" soalku.
" ish, tak la. cuma, kehidupan bercinta lebuh banyak masalah berbanding orang yang hidup single."
" adik pernah bercinta ke?"
" pernah. tapi tak pernah berkekalan."
" itu la pasal akak tak nak bercinta. tipu la kalau seseorang itu tak pernah jatuh cinta. akak pernah jatuh cinta dan mencintai. cuma, akak tak pernah bercinta."
" nape ek?"
" nape? sebab, ati akak lom terbuka lagi la. lagi satu, akak x suka dikecewakan n akak masih muda la. lom puas enjoy.haha. kalau berkapel, tentu banyak halangan. lagi satu, siapa la yang nak kan akak ni, cantik pun tidak, berisi pulak tu. adik ni cantik. banyak lelaki yang memandang adik."
" tapi awk memiliki senyuman dan mata yang menawan. dan yang paling penting u r humble dan memiliki hati yang sabar dan penyayang." suara itu muncul tiba-tiba.
" eki?!"
" abang?!"
hampir serentak kami berdua bercakap.
" wait ! awak kenal abang saudara saya?" soal liana.
" lebih dr kenal. kami berdua kawan dari sekolah rendah. chop ! diz is ur cousin?"
" yup, wait..wait..wait.. u r Shamel?"
" yesss."
" no wonder la cam kenal tadi. my cousin owez talk about u." kata liana.
" eki, brapa lama awak kat blakang kami berdua? tak baik dengar perbualan orang tau."
" lama sudah. awak berdua je yang tak perasan. nape? ada mengumpat sal saya ke?" soal ricky.
" ish, mana ada. sy tak tau pun yang liana ni cousin awak. awak ni pun satu hal. apasal tinggalkan dia sorang2? sy ingatkan dia nak bunuh diri td."
" emergency la. nape? dia nak bunuh diri ke?"
aku tak menjawab soalan ricky kerana telefon aku berdering. isabell menelefon aku dan menyuruh aku balik ke kereta.
" hey. got to go !"
" wait !" jerit liana.
dia berjalan ke arahku lalu memelukku.aku terpinga-pinga.
' u n eki is a match kapel. i know u n him will be together one day.' bisik liana di telinga aku. pelik tapi benar.
" kak, minta fon number."
" minta kat eki. akak nak cepat ni." jawab ku.
" oke, bye ! good luck !" jerit liana.
aku menoleh seketika.
' good luck? apa maksud dia? dia tahu ke aku ni ada hati kat ricky?' bisik hatiku.

plan monday kita orang nak gi swimming kat eastwood, tp x jd coz cheryl sakit, aku pulak xnak drive sorang2. aku ajak azlyn temankan aku, dia kata dia kerja. ari selasa baru dia off day. so, aku tak jadi la join genk2 lain. tak pasal2 dia orang tunda pulak gi swimming. keesokan ari pulak aku ajak dia orang gi jogging kat taman bulatan. yang pergi pun kami lima je. aku, azlyn, lina, roy dan willie. cheryl masih sakit. faizal busy. ricky pulak ada klas tutor. nurul? xnak join. petrus kata nak join tp tak dtg pulak. so, yang ada kami lima je la. meskipun berlima macam 50 org kalau dh berjumpa. pukul 3.30 aku otw ambil azlyn, tp b4 tu, aku gi reload kejap. dah aku ambil azlyn aku terlupa pulak cammy aku. patah balik rmh untuk ambil cammy. kalau kami org keluar cammy aku pantang tinggal, itu la pasal banyak kenangan 5scBakti yang diambil. lepas ambil cammy, kami berdua pergi rumah willie untuk ambil dia.lepas tu kami singgah di stesen minyak. untuk isi minyak la. kat stesen minyak kami berjumpa dengan shahrin dan azeem. lama dh tak jumpa mereka dua. rindu pun ada jugak.hehe. masa aku tengah isi minyak ada pekerja tanya aku.
" cantik la baju korang.baju main bola ke?" soal lelaki itu.
" plan asal, untuk team bola sepak n baju klas. tp kami buat agak lewat so, untuk baju kelas la." explain aku.
" oww ye ke? simple but nice." pujinya lagi.
bukan dia sorang je yang pernah puji. ramai yang puji baju kelas kita orang tu. alaaa..maklumla, kalau gi mana2 je, kompom pakai baju klas. itu menandakan kami sehati sejiwa. gi ambil result spm pun pakai baju klas. memang aku respect la an genk2 aku tu. kalau berjauhan kompom kita orang rindu antara satu sama lain. at least ada jugak kenangan dengan mereka. cammy aku la yang paling banyak kenangan dengan 5sc BAkti.

roy dan lina beritahu mereka berdua maybe lambat sebabnye, roy terpaksa ambil adik dia dulu. sambil tunggu, kami bertiga lepak2 kejap kat Boulivard. dh mereka berdua call, baru kami bertiga pergi ke taman bulatan. sampai je kat sana. bukannya nak jogging terus. main permainan ! itulah ragam kwn2 aku. hahahaha. dh puas bermain, kita org jalan2 mengelilingi taman bulatan. letih jugak walaupun tak jogging. berpeluh !! dh letih berjalan, kami lepak kat permainan, main panjat2, duduk2 sambil bersembang. dalam sibuk2 bersembang, cheryl pulak call kat fon roy. maklumlah, kekasih la katakan. kejap je dia sembang an roy. tapi lama jugak dia sembang an aku, azlyn dan lina. memang kecoh la. ada juga mata2 yang melihat gelagat kami. malu jugak tapi buat bodo lerrr. kol 5.30 aku plan nak balik. taku jalan sesak. *memang dh sesak pun* aku ajak azlyn balik, tp azlyn memang sengaja menyakitkan ati aku.
" lyn, balik jum." ajak ku.
dia tak menjawab.
" masih awal lagi ni." kata roy dan lina.
" mak aku nak pakai kereta nanti." aku memberikan alasan. tapi memang pun mak aku nak pakai kereta tu.
" ala. elek la. kami dh lama tak lepak ngan azlyn. kita gi McD la. lepak kat sana." ajak raoy.
" ish, tak nak la. nanti lewat aku balik kat rumah."
" kalau kau nak balik sangat. kau balik an willie la. azlyn balik an kami duak." roy memberikan cadangan. tapi cadangan yang ada udang di sebalik mee ! dia nak usik aku an willie la tu. maklumlah, willie kat ada ati kat aku. sebenarnya aku tak nak balik an willie.
" willie balik an kamu duak. azlyn balik an aku."
" willie slalu lepak an kami. azlyn lama dh tak lepak an kami." kata lina.
mereka orang memang sepakat ! willie pun satu, diam je ! letih sangat aku memujuk azlyn. aku terpaksa akur balik an willie. dalam perjalanan, aku tak banyak sangat bercakap. kalau bercakap pun, pasal kereta la, pasal jalan la..benda2 yang tak penting je.
" kamu masih marah sy ke?" soalnya. aku tahu dia perasan yang aku tak selesa bersama an dia.
" tak. nape?"
" just askin."
perbualan kami berakhir disitu saja. sampai la willie balik. arrrrgghhh leganya dah sampai kat rumah. azlyn, lina dan roy memang cari nahas !!! kalau ada ricky, kompom aku tak kena buli, sebab ricky selalu support aku. tp kadang2, dia join juga mereka orang tu buli aku. malam tu, aku berSMS an ricky.

syg ! apasal tak join kami tadi?
kami berdua memang memanggil satu sama lain dengan panggilan sayang. apasal? suka-suka je.
sy mengajar tadi. sorry syg ~
balasnya.
awak mengajar kat mana syg?

kat kumon international. ajar english jak.


oww.. diz saturday, u want to join us go to swim at eastwood?

diz sat, i cant la syg. sy mengajar hari2 accept sunday. tukar gi sunday la syg. i want to join jugak.

oke2.. i'll try to discuss with them.

thnx sayang. tell them, im rily2 want to join u all.


rupa2nya bukan azlyn je yang tak dapat join tp ricky jugak tak dapat join ari sabtu ni. dh puas berbincang an azlyn, sebulat suara mengatakan kami pergi swim ari sunday ni.

syg. we had discuss and we go to swim diz sunday.

yahoo !! thnx syg. luv you..hahahhahaa


no prob syg ! hahaha

jangan salah faham ek. kami berdua suka2 je panggil sayang.

Monday, April 25, 2011

25 april 2011

rasa nye, last post aku 19hb..kalo tak silap la. maknanye, dh lama la aku tak updated blog ni. hah ! rindu tak an aku? oh ya, khamis minggu lepas aku ada pegi rumah bro. adam, nak jenguk member2 SGB. rindu la dengan mereka org. dlm sibuk2 dia org jamming, aku apa lagi, bikin surprise la. mula2 buat bodo je aku ambil gitar yang digantungkan kat dinding join dia orang jamming. aku ingat dia org perasankan aku, rupanya TIDAK. jamming punya jamming.

" apasal bunyi lagu kita lain macam je ek?" bro. Adam.
" aku pun prasan jugak. biasanya, kalau ada Shamel je lagu kita cmni." jawab bro. Kiut.
"Guys??" aku bersuara.
semua menoleh ke arah ku, dan muka mereka.. ya ampun ! lawak bebeno !
beberapa minit kemudian...
"shamellllll..!!" jerit sis coki lalu memelukku. air mata dia memang tak boleh tinggal. memang ratu air mata la dia ni. buat pengarah2 di luar sana, korang ambik la coki ni jadi pelakon ! watak menangis memang sesuai sangat dengan dia ni. ish..ish..ish.
" sebelum aku menangis, lebih sis berhenti menangis."
sis coki pun mengelap air matanya. berkesan jugak oww?
" bila balik?"
" minggu lepas."
" apasal baru skrang datang?" soal bro. kiut.
" sorry la. busy sikit. minggu depan sy nak gi marudi."
" nak pegi lagi ke?" soal sis. coki pulak.
"ekspedisi sy lom tamat lagi. ni pun singgah miri kejap je. oh ya! abg kiutttttttt..abg kiut tak rindu an adik kiut ke?" aku terhegeh - hegeh manja bagi mengelak dr persoalan2 yang ada di hati mereka.
"rindu sangat la adik kiutttttt..."
kami semua ketawa.
" oke ! ari ni sy join kmu org jamming. malam ni kita pergi jalan2. abg kiut belanja!" cadaangku.
" aik? apasal pulak aku yang belanja? awk yg ajak gi keluar, awak la."
" belanja saya sorang je la. lagi pun, bro. dh lama tak belanja sy. kan??"
" awk sorang je keh?" soal bro kiut lg. aku hanya sekadar senyum dan mengangguk.
" amboi ! sorang ni nak buat mcm mana?" sis coki mencelah.
" bro ! seems someone jeles la." sindirku.
" let her be! hari ni kita berdua kapel." usik bro kiut pulak.
" owww..korang berdua pakat eeeyhhh..tak pe. ada ubi ada batas, ari ni jugak aku balas!" kata sis coki. kami semua tergelak...

happy sangat2 dpt meluangkan masa dengan member2 SGB. macam2 ragam. tapi aku sedih jugak arr tak dapat luangkan masa an genk2 5sc Bakti. rindu sangat la dengan dia orang. oh ya. ari ni scandal aku * olok-olok je* brandon johnny melanjutkan pelajaran ke UTM. dia ambil course diploma in management technology. tak ada lagi la ado malam Bakti ni.hmmm..apa-apa pun all the best to BJ n success in his study !..:)

aku agak terkilan la dengan kazen mazen tarzan aku ni. sesuka hatiii dia orang je nak jodohkan aku dengan kawan2 dia orang. bukanla aku ni jual mahal, dh aku tak nak bercinta. salah ke? pelik ke kalau aku idup single? desperate gilak kha aku sampai nak kena dia orang carikan aku jodoh? bukan kerana Ricky, tp dh hati aku lom terbuka lagi, nak buat camne? kalau sekali pun ricky suka kat aku, tak semestinya aku akan menerimanya. coz aku tau ke dia ikhlas ke tidak? mcm2 lelaki yang text n call aku. nak tukar nombor payah la pulak. coz semua urusan-urusan pakai nombor tersebut, family, bank, ipta-ipta n kawan2 semua. tambahan pulak, aku bukan jenis yang suka tukar2 nombor. sehidup semati memang pakai nombor tu jugak. buat kazen mazen tarzan aku..tak yah la korang buang tenaga nak jodoh2 kan aku an lelaki2 pilihan korang. cinta takkan ke mana la. aku tak nak lebih ramai yang terluka. yang aku heran kenapa lelaki-lelaki yang dia orang jodohkan aku tu layan aku? desperate gilak kha? dh kemaruk nak bercinta? kalau setakat nak menjalinkan relationship yang sementara, baik tak payah..cari je orang lain. aku bukan perempuan jenis yang cmtu. aku inginkan relationship yang berkekalan. tak nak putus di tengah jalan. lantak korang la nak menilai aku camne. aku ni memilih ke? aku ni keras ati ke? HANTAM SAJA LA LABU ! yang penting aku happy dengan hidup aku sekarang. selagi cita-cita aku belom tercapai, jangan harap la aku nak layan korang. kalau setakat berkawan aku no hal. tp berkawan biarla berpada-pada,m jangan nak ambil kesempatan dalam kesempitan pulak! aku ni satu2 nya ank perempuan parents aku tau, aku ni la harapan dia orang. susah payah dia orang jaga aku dr kecil sampai aku sesihat macam gini aku nak lupakan dia orang camtu je? tak senang di dunia dan akhirat la alamat nye. aku masih muda. masih 18 tahun ! masih mentah lagi..aku la manusia paling bodoh bab2 bercinta ni. jujur dan iklhas yang timbul dari hati ni. adioooooosssss !

Tuesday, April 19, 2011

19 april 2011

semalam aku sedih ! ari ni aku gembira. kenapa? aku pun tarak tau la. yg pasti cuaca ari ni cerah dan aku terasa bahagia sekali. aku menginginkan kisah mlm semalam berulang kembali. tapi aku tahu "yesterday just a memory but today is a reality" so, sy harus berdepan dengan realiti bahawa esok takkan berulang lagi.

nak tahu apa terjadi semalam? nak ke tak nak? nak? betol ni? tak jeles ke? oke la. aku ceritakan.hehe.

" shamel, makan kat luar mlm ni nak? kat tepi pantai, ada restoran seafood tak kat miri ni?" ajak rudy leo.
" seafood? ada. kat tanjung."
" kita pergi nak? ajak family awak sekali kalau dia orang nak ikut."
" mak aku kompom tak dapat ikut, sebab dia pergi pray meeting mlm ni. adik - beradik aku pulak banyak kerja rumah. kita tiga je la yang pergi."
" oke la kalau camtu."

kami bertiga pun bersiap - siap untuk pergi makan malam. kompom la Rudy Leo yang belanja !..hehe
" who want to drive?" wendy menyoal.
aku cepat2 duduk kat tempat duduk belakang. malas la nyak drive. hehe. Rudy pun ikut gelagat aku.
" korang berdua ni memang nak buli aku yeee." wendy merepak.
" ala, awak lama dh tak drive, asyik kami berdua je yang drive." jawab Rudy.
kami pun pergi ke tanjung. dlm perjalanan, entah kenapa aku resah bercampur excited. dlm asyik aku mengelamun, aku teringat yang CAMERA aku TERTINGGAL !! bagaikan jantong aku yang tertinggal. arggghhh..macam mana aku boleh terlupa bawa sesuatu yang penting lam hidup aku? nasib baik bukan spender yang tinggal. haha.

dh kenyang makan, dh hadam suma makanan..kami jalan2 di tepi pantai ! wahhh..what a great day ! :) wendy dan rudy leo, apalagi, shoot sana, shoot sini. aku? JELES LA ! arrrrgggghhhhh ! dalam sibuk2 mereka berdua shoot2 aku berdiri di atas longgokan batu2 besar di tepi pantai. angin bertiup, bunyi ombak..perrrrggghhhh ! menusuk kalbu dhoe !..tempat2 macam ni la, remaja2 suka dating..malam tu, agak banyak jugak la pasangan2 yang dating, ada jugak yang keseorangan..
dalam sibuk melayan perasaan, aku teringat sesuatu. yes, ricky ! tempat ini ibarat rumah ke dua nya. kalau aku tak ada, mesti dia akan duduk lama kat sini dan termenung jauh. apa agaknya dia buat sekarang ni? adakah dia akan berada di sini pada saat ini? aku teringat dia pernah berkata pada aku dulu, kalau aku rindukan dia ingat je muka dia, kompom dia ada kat situ. benar atau tidak? aku pun tarak tau. tp tak salahkan kalau aku cuba?

aku memejamkan mata dan membayangkan wajahnya. aku rindu akan senyumannya. dan paling aku rindu, rambutnya ! sekarang ni rambutnya agak panjang dan lembut sekali. kalau la aku ada rambut macam tu.hehe. aku membuka mataku, perlahan - lahan dan memandang ke arah laut yang luas terbentang. aku tengok kesekeliling, tak ada pun ricky. haha..memang la tak logik kan? aku saja je nak cuba. agak lama jugak aku berdiri kat situ, dua ejor monyet tu hilang entah ke mana. aku berpaling ke belakang untuk mencari kelibat wendy dan rudy leo. aku ingin melangkah tp kakiku ibarat dilekat dengan gam yang begitu kuat tatkala aku terlihat jejaka yang yang di depan aku adalah RICKY ! antara gembira atau tidak, rindu atau malu? aku pun tarak tau, mana perasaanku yang sewajarnya.
" shamel??"
aku tak menjawab. sebaliknya aku menatap wajah yang manis itu, namun tatapan itu segera aku alihkan.
" where are going? i called u, but u didnt answer and my message u didnt reply. why? what happen to you?"
" im here right now." jawabku selamba.
" kenapa call tak dijawab?"
" oke, sy lupa nak bagitau awak. sy tak ada kat miri selama ini dan handphone dan lappy sy tinggal kat miri. sorry, sy tak inform kat awak."
" sampai ati awak kan?"
" sorry..kan sekarang saya dah ada kat sini. awak ada masalah ek?"
" ye la, ye la..masalah? banyak sangat. tapi saya risaukan awak. saya ingat awak sakit ke, apa ke. kalau ya pun, inform la."
aku hanya berdiam. ya, memang salah aku tak bagitau dia mana aku pergi selama ini.
" awak datang ngan sapa?" soal ricky
" kawan. awak?"
" macam tak tau pulak. kalau tak ada awak mesti la sy datang sorang diri. wei ! sy rindu la ngan awak." kata ricky sambil menumbuk manja bahuku. sifat kebiasaannya, memukul bahu ku. kadang2 merajuk aku dibuatnya, ye la. dia tu kasar sangat la, macam la aku ni laki diajaknya main tumbuk2.
" lusa kita keluar nak? banyak cerita nak share ngan awak ni."
" lusa? awak ambil sy keh? n belanja saya."
" oke boss !"
belum puas melepaskan rindu, wendy menelefon aku dan mengajak pulang. mereka berdua sudah menunggu di kereta.
" got to go. my fren called just now. see you later."
" shamel !" belum sempat aku melangkah, ricky memegang tanganku. aku menoleh dan menatap wajahnya.
" ouch !" lagi sekali dia menumbuk bahuku. " awak ni kan. tak sah kalau tak tumbuk bahu saya. sakit tau." aku merepak.
" tumbuk sayang." usiknya sambil ketawa.
" macam - macam. bye !"
aku berlari anak sambil tersenyum menuju ke kereta. alangkah indahnya kalau lelaki itu menjadi milikku. :)

Monday, April 18, 2011

18 april 2011

kol 6 pg aku bangun ari ni. kenapa? sebabnya, adik aku tertinggal van, so, terpaksa antar dia ke skolah. balik je, tak dpt tidor balik, terus on9. on9 je, ada pulak beruk2 kat fb tu mengusik aku. sakit ati ada la jugak, bukannya apa..nak jaga ati suma org ni susah la. takut nama yang dimentionkan tu perasan pulak. tu takpe, kalau dia tak tegor aku? macam mana? aku kenal sgt perangai dia tu. tapi, aku bknlah nak menyalahkan sapa2. maybe dia org buat mcm tu, coz suka - suka je. hmm, lantak la!

itu ckp pasal ari ni. yang ni pulak pasal semalam. semalam kami bertiga ( aku, Rudy dan wendy ) pergi confession. arhh..lega sgt dah confess. maklumlah, bulan ni kan musim lent bg gereja kami org la. and 3 of us had decide untuk berada kat miri selama seminggu. sebabnya, minggu ini, minggu Good Friday. and kompom gereja busy buat missa. so, kami bertiga pun tak nak terlepas la pulak. lagi satu, ari jumaat ni aku kena check tawaran yang dh aku buat. arap-arap dapat masuk la.

kenapa ek? aku cam resah je sejak baca wall post dr kwn aku tu. entah la kenapa. risau sgt kot. bukannya sekali aku dh kena. ni dh masuk 5 kali aku terkena, termasuk lah nama yang dimentionkan dia org tu jugak join sekali. macam taik ogek di sebalik gigi pulak. eh salah, macam udang di sebalik mee.

oke ! dlm sibuk2 aku update blog ni, teringat pulak dengan nurul yg hampir mengenalpasti org2 yang aku mentionkan lam blog ni.hmmm..xyah la aku nak bagitau dia, yang pasti, one day she will be know everything. jangan saja dia salah org sudah la. arrrrggggghhhh nape aku rindu sangat dengan budak yang bernama ricky tu? dh 3 ari aku kat miri. aku langsung x contact dia. yang pasti mesej dan misscalled dr dia terlampau la banyak ! wait ! aku tahu yang dia kecewa sangat. aku ada baca mesej dia tapi aku tak reply.hehe. salah satunya, dia cemburu melihat roy dan cheryl berkapel ! now, cheryl menjadi milik org lain. orang yang aku tak sangka-sangka. ricky ada juga menulis dalam mesej mengatakan bahawa, mereka ada keluar bersama - sama pergi parkson. lina, cheryl, roy, willie dan dia sendiri. mereka bermain snooker. dia kata, keluar dengan mereka org tu tak best sebab si roy ni asyik berkepit je dengan si cheryl. aku tau dia jeles. lagi satu berita yang aku terima, ex dia dulu yang muda setaun dr kami org dh putus kapel dengan gerek dia. aku tau dia akan menagih cinta ricky lagi. kerana aku tau, ricky mudah cair dengan perempuan tu. tapi entahlah.

memang sudah ternyata ricky bukan miliku. YA ! DIA BUKAN MILIKKU...yang pasti aku akan menyimpan kenangan dan perasaan ini buat selama - lamanya. cukuplah sekadar kami BERSAHABAT BAIK. aku tidak ingin bond yang kuat yang ada pada genk2 5sc BAKTI goyah kerana perkara yang remeh - temeh ini. emas tidak berharga dr erti persahabatan kami. kami bukan sahabat tp kamilah keluarga. disitulah aku mengenal erti suka dan duka, disitulah aku mengenal erti cinta, disitulah aku mengenal siapa diriku dan diri mereka, disitulah aku berusaha gigih bersama mereka dan disitulah jugaaku mengenal erti KASIH SAYANG...

ini je la post aku ari ni. malas nak type la.hmmm...ari ni mcm sedih je akuuuu...nak kata putus cinta, sejak bila aku bercinta?? nak kata kena serang jepun, minggu lepas aku dh kena serang jepun. arrgghhh..malas arr nak pikir ! aku ni cakap je tak nak pikir, tapi pikir jugak. huhhhhhhhhhhhh * sad MODE*

Saturday, April 16, 2011

my collection part 1 (mukah)













another my collection. gambar ulat mulong tu aku ambil masa org tengah sibuh mencari nye. org sibuk cari, aku sibuk ambil gambar. hehe. tapi pandai jugak ulat tu posing, cam tau2 je aku nak ambil gambar dia. gambar fireflies tu plak, aku ambik masa aku mandi hehe. alaaa..yang aku ceritakan dlm post2 sebelum ni. masa tu aku pakai kain tauuu..tp syg shoot nya tak cantik sgt la...hmmm..oke deh..layan suma pica - pica ni keh?

Friday, April 15, 2011

my collection part 1 (mukah)
























nahhhh..ini je photo yg aku upload..masih banyak lagi sebenarnya..tunggu aku ada masa free ek? hehe..ohya..esok kan aku balik miri. so, tunggu jak la pic nok lain2 ya.. any comment? jangan malu jangan segan, comment je sesuka ati torang..lagi satu. payah juak jd photographer tok owwhh? x femes langsung. mana2 pic yang diambil, photographer kompom takde punya. so, bg sesiapa yang gila glamor itu, aku sarankan janganlah jadi photgrapher, x glamor langsung ! haha.. btw, itulah impianku, bukan mengejar keglamoran tetapi satu KEPUASAN ! *renung-renungkan lah* LOL

15 april 2011

hey yawwww ! guys? amacam? oke tak?..oh ya, aku tertarik ngan satu blog ni, kawan fb jugak la, memang cantik la blog dia, macam mana dia buat pun aku tarak tau la..yang pasti aku nak jugak ada blog cam dia, kalau dia sudi mengongsikan ilmu aku try buat, tp kalau dia tak balas2 jugak chat aku tu, xpe la, blog ni pun dh cukup.

oh ya ! aku kat sibu skarang, masih lagi join kawan aku duak orang tu. dh seminggu aku merantau, apa agaknya kabar ricky kat sana owww..nak juga tanya kabar, tp aku tak dapat. hati ini rindu sangat la. lagi satu, aku rindu abg KIUT ! lama jugak aku tak usik dia. apa member2 SGB buat sekarang ni oww? hmm. rindu la an mereka org. aku baru je bukak fb, rasa bertuah jugak dpt wall to wall dengan nurul. berbalas komen dengan cheryl, azlyn dan lina. hah ! mereka pantang tgk bayang nama aku, kompom tagih McD ! haha. maklumlah aku pernah berjanji dengan mereka, tp belom ditunaikan lg. maap ye kawan2. bercakap pasal ricky, aku tak bagitau dia pun yang aku takda kat miri, entah dia tahu ke tidak aku pun tarak tau.

good news ! aku balik miri mlm ni jugak. dahlah giliran aku drive..huh..kalau drive siang xla kesah sgt, ni malam, aku ni pantang tak tidor malam. hehe. tp aku balik miri bukan bermakna ekspedisi aku tamat, takkk...sebenarnya, ekspedisi wendy dan rudy kali ini ialah kat miri. alang- alang aku orang miri, mereka berdua suruh aku jadi tour guide la. alang - alang aku jadi tour guide aku jenguk family dan bantal busuk aku la. bak kata pepatah alang - alang garu idung, korek taik idung terus. eh salah ! menyelam sambil minum air la..hahaha.

sekarang dah tengah hari, cacing-cacing aku dah buat konsert, so, masa untuk tidor! ehhh..makan ! hari ini biar Rudy belanja.hehe. agak lama jugak aku join mereka berdua, aku belom lg keluarkan duit satu sen pun untuk makan. rudy je yang keluarkan duit. nasib baik aku tak kuat sangat makan, satu pinggan cukupla. kalau genk-genk aku kat miri tu, kompom la bankrap si rudy ni. mereka orang pantang dengar pasal makanan. ish2..
oke la. order pun dh sampai ni, nak makan dulu la. korang dah makan lom? kalo belom makan SEBUT ON MAKAN dan HANTARKAN DIRI ANDA KE DAPUR..:D
chawchincawwww..adios..bye bye.. selamat tinggal..sayonara..korea je aku tak tau..haha..daaaaaaaaaaaaaaaa :P

Thursday, April 14, 2011

14 april 2011

hye! rasa nye dh 6 hari aku tak update blog ni..hmm..xpa la. ahhhhh...leganya rasa merantau. oke, skarang aku akan ceritakan pengalaman aku ini, walaupun masa agak singkat. ohya, nak gitau, aku on9 ni pakai laptop kawan baru aku. hehe. dari ari pertama, aku balik kampung selama 3 ari. perjalanan dr miri ke kampung aku tu, lebih kurang 6-7 jam la..agak nye la. pengembaraan pertama ini ditemani oleh family aku. ada 3 buah kereta semua nya. kira macam berkonvoi la tu. walaupun penat tapi best,. nikmat makan bekal yg dibawa dr rumah, makan kat tepi jalan. mak oi ! memang masyuk la. dengan ragam anak2 buah, kazen2, dan adik ku, terasa dunia ini milikku. tujuan family balik kampung untuk membaiki rumah panjang. agak lama juga rumah panjang kami tu tak direnovate. maklumlah, semuanya duk kat bandar.yang ada pun, nenek an kakak sulung mak aku je kat situ. sama2 dara lagi tu. takda laki la. haha.

bebalik pada kesah kali ini, kedatangan aku disambut oleh kaum nyamuk dan sewaktu dengannya. memang MANTAP la. dh kulit aku ni sensitif sangat bab2 nyamuk ni. bukan sombong...tp badan aku mcm monster kalau digigit nyamuk. arrhhh, x kesah la sal nyamuk tu, yang penting kampung mak aku ni memang best. hari pertama lagi kami sudah shopping dipasar mukah. macam-macam ada, target aku ialah keropok udang, keropok ikan, tabaloi, salak n mcm2 la. memang sodap owww. keropok udang an keropok ikan memang murah + banyak + besar2. x macam kat miri, mahal gila dhoe ! lagi satu aku suka makan kalau balik kampung mak aku, UMAI ! yummy~~yummy~~lebih sedap kalau buat sendiri.

ari kedua kat sana, orang buat rumah, aku, apalagi pegi pancing ketam dan udang. petangnya pulak pergi jala ikan. banyak owww. tapi sayang, aku x bawa camera time tu. cam mana boleh lupa ! ish ! ni lagi satu kenangan yang sangat2 indah kat kampung. masa tu, kira pukul 7-8 mlm la,*agak-agak je * time tu, baru lepas makan, cun2 bilik kita org tak ada air. memang kampung kami ni agak kurang air la, sebab selalu disekat. mak ajak mandi kat bilik nenek kat sebelah, saudara kita orang jugak. masa mandi tu, aku terkejut giler dengan satu pemandangan yang cukup2 indah...tak dapat aku describe kat sini. kat pokok pegaga ada banyak kelip - kelip, cantik gilerrr, pokok tu dh mcm christmas tree aku tengok. lam banyak2 pokok yang ada kat situ, pokok tu jugak dia orang hinggap.

" mak ! tengok tu , banyak ya kelip - kelip."
mak aku segera menoleh.
" kelip - kelip memang hinggap kat pokok pegaga."
aku mengangguk kemudian lari masuk ke bilik dan mengambil husband aku * camera ler * . apa lagi, aku shoot sana shoot sini la. yg aku x puas ati sgt, aku x dpt shoot dengan cantik. coz masa tu gelap sgt dan aku tak dapat lihat function yg ada kat camera aku. tapi xpa la, janji aku dapat shoot. n untuk pengetahuan korang sume, aku first time tengok kelip - kelip secara real2.hehe.

3 hari pun berlalu, family aku balik ke miri. dia orang tak dapat temankan aku lama2 coz bekerja dan adik aku pulak bersekolah. perginya mereka orang, aku memulakan perjalanan ku di Mukah. agak sunyi jugak. tp, dlm sunyi2 aku, aku terjumpa org yang sama macam aku. bukan sama muka, sama hobi la. macam ni cerita nya. tengah aku sibuk melayan camera aku tu. aku ada terlihat dua orang ni, sorang perempuan dan sorang laki. mereka berdua macam aku la. shoot sana shoot sini. yang lelaki tu aku macam pernah tengok tp tak pasti la kat mana. demi keselamatan, aku tidak menegur mereka berdua. biarlah aku dengan kerja aku dan mereka dengan kerja mereka.
dalam syuk2 aku ambik gambar .. perut pulak meragam ! *nak melabur la tu* . xpa, tandas awam dekat je. ahhhh..leganya pas melabur. belom sempat aku melangkah keluar dr tandas, aku terlanggar pulak perempuan yang aku jumpa td. aku cepat2 mintak maaf dan tersenyum dan berlalu pergi. kan senyuman itu satu sedekah.. 1 malaysia la katakan.hehe. aku berdiri sebentar dihadapan tandas awam tersebut, bukan aku sorang je berdiri kat situ, laki yg bersama an perempuan td tu pun berdiri tak jauh dari aku. aku sibuk mengatur - ngatur camera aku.
" hye, awak photographer ke?" soal laki itu tiba - tiba. takut jugak ada aku ni.
" tak, hobi je. boring2 duduk kat rumah nak merantau la plak. sambil tunggu tawaran." aku menjawab dengan selambe je.
" owww. sama la, orang mana? nape sy macam kenal awak ek?"
" orang miri. awak kenal saya ke?"
"oww. awak pernah join junior photographer course kan?"
" pernah."
" ya. saya ingat awak, awak menang kategori nature award kan?"
" yup."
" keciknya dunia ni.hi, im Rudy. Rudy Leo, still remember me?"
" wait..wait..u r Rudy Leo? the winner of junior photographer? yang sama jd dj with me? ahh..macam mana sy boleh lupa awak. patut la macam kenal je td."
"haha..thts me. awak sorang je ke?"
" yup."
dalam sibuk bersembang, perempuan yang aku langgar td pun muncul.
" oh ya, kenalkan, my friend, wendy. she is awesome photographer."
" hi, im Shamel. nice to meet u."
" nice to meet u too."
" so, want to join us?"
"sure. why not."
memandangkan aku dh kenal Rudy, so, tak teragak - agak la join mereka berdua. lagipun aku nak menimba pengalaman dengan mereka berdua. dari keseorangan kini kami bertiga pula. ohya, lain kali aku akan upload gambar - gambar kenangan kat sini keh? ^^

Thursday, April 7, 2011

7 April 2011

pagi yang sgt indah ! oh ya, ari ni bday my beloved fren, Janice. ini mungkin kali terakhir aku akan update blog ni kerana aku ingin merantau. sudah lama aku ingin lari dr dunia sibuk ini, dunia yg berteknologi ini. aku memang jenis yg suka adventure dan menginginkan kelainan. lebih2 lg aku suka sgt an suasana kampung dan NATURE. alasannya, aku tenang sekali dengan kehidupan macam itu. semalam aku msj suma kwn2 n say goodbye to them. yg paling risaukn aku ialah NURUL. memang macam mak la. haha. btw, she the who im gonna miss, i miss her gediks, ngegeh, perasan dirik kiut n pelukan menja nye.

Kalo nurul risaukan aku, apalagi ricky. sudah semestinya aku belom memberitahunya. mungkin sebelum aku bertolak esok, aku akan memberitahunya. ini kerana, aku takut dia tak mampu menerima. maklumlah, dia tu susah sikit nak berjauhan dengan aku.

" willie, sorry, i have to reject u. not bcoz of ricky but bcoz of our friendship."
" sy x kesah kalau awk reject sy, tp yg pasti sy tak mahu awk membenci sy. sy boleh menghapuskan cinta sy terhadap awk tp tidak kasih syg sy. syg sy terhadap awk sbg seorg kwn dan kakak."
" dun wori, sy takkan mmbenci awk. lgpun lepas ni sy xda kat sini lg. sy ingin melupakn masalah yg ada termasuk ricky. kerna sy tahu, sy x mungkin akn memiliki cinta ricky. sy tak mahu terus kecewa dan kecewa."
" where do u want to go? awk ingat melarikan diri dr masalah akn selesai semuanya? no shamel."
" merantau. aku bukan melarikan diri dr masalah, aku ingin menenangkan diri. x smpai satu tahun pun. mungkin sebelum aku pergi sambung belajar."
" awk ni macam2 la.sy tak kesah la. yang penting awk jaga diri dan dun 4get to pray. n my ole2 too."
kami serentak ketawa.
" jgn risau, sy akn bw ole2 utk awk semua."

arrggghhh... aku masih bingung dengan Ricky. what should i do? mampukah dia menerima kepergianku? Azlyn, seharian mudi lepas dgr impian aku ni. lina dan cheryl juga begitu. Roy sempat menasihatkn aku dan yg parah lg, gloria siap minta tapau laki ! mak oi! haha. macam2 la kwn2 ku ini.

Saturday, April 2, 2011

1 April 2011

hari ni, hariku bermula seperti biasa. bangun pagi terus kemas rumah. tak sah dalam hidup aku tak kemas rumah. walaupun hari ini ibu aku tak bekerja, aku tetap juga menguruskan rumah kerana sudah minatku. dalam sibuk - sibuk aku masak kat dapur ada pulak orang call. kali ni bukan ricky tp hafiz. entah apa mimpi dia call aku.

" hah. apa kau nak?" soalku
" nak tanya ni. aku dah 3 bulan tak datang bulan. kenapa ek?"
jangan tertanya- tanya. Hafiz mmg seorang LELAKI. bukan PONDAN tp suka sangat berloyar buruk.
" mengandung la tu." terpaksa juga aku melayan karenah kawan aku sorang ni.
" macam mana boleh mengandung? dh lama tak buat "projek". dua bulan dah tak buat."
aku ketawa macam orang gila dengar kata - katanya itu sampai tak dapat membalas gurauannya.
" ada ubat untuk sembuhkan masalah aku tok kha?" dia menyoal.
" takda."
" takkan takda. awakkan perempuan."
" memang la aku perempuan. kalau nak cari ubat tu tanya 'Dr. Nurul ' la. dia maybe ada."
" awak offer doktor yang cerewet tu la. betol ke takda ni?"
" betul la. aku tak pernah ada masalah macam tu sebab aku normal. aku nak masak ni, ingat penting sangat awak telepon ni."
" rindu kat awak la tu. dulu saya nak kapel dengan awak, awak jual mahal pulak."
hafiz memang tak reti nak serius. kehidupannya penuh dengan lawak. dekat kelas dulu selalu menyakat si nurul. tu yang nurul bengang sangat ngan dia. genk sekaki dia ialah Aqmal.
" udah la. malas nak layan awak. saya tengah masak ni."
" oke la. betol takda ubat ni?"
sempat lagi dia buat lawak bodoh? hafiz..hafiz.

setelah seharian duduk dirumah semalam, ibu mengajak aku keluar jalan-jalan. lama juga aku tidak berjalan dengan ibu. seronoknya berjalan - jalan seharian dengan ibu. letih tapi bahagia. selepas balik dari berjalan - jalan dengan ibu, aku menonton televisyen sebentar. namun konsentrasiku terganggu dengan bunyi telefon. bunyi mesej masuk.

" awak buat apa tu?"
kali ini memang bukan rickky.tapi, willie.
" tengok tv lerr"
" x ganggu ke?"
" x la. ada apa ni?"
" salah ke saya msj awak?"
" x la salah. tp, xda angin xda ribut, awak tiba2 je msj. seblum ni x pernah pun."
" takut la nak msj awak.hehe."
" apa pasal pulak?"
" takut pak we awak marah lerr"
" im single but not available ok !"
" oww..ada chance la ni?"
'Mak oi. dia ni faham bahasa ke? x reti ke ayat SINGLE BUT NOT AVAILABLE?' bisik hatiku.
" sy nak bgtau awak sesuatu. jangan terkejut ek?" msj dtg lg kerana aku tidak membalas.
" apa dia?"
" saya suka awak. ini bukan main2 tp SERIUS. its happen when reunion party hari tu. saya jatuh cinta kat awak la."
"ohhh..hmm..oke.." hanya itu yang mampu aku balas. aku tidak dapat berkata apa-apa. dia yang selama ini aku anggap sebagai seorang abang, rupa-rupanya syok kat aku?
" im sorry keh? i've to say this. sy dh tak thn n perlu mengaku kat awak. sy tahu awk masih menanti seseorang."
" my answer is im not ready yet. n sy x mahu kamu terlalu mengharap."
" i know and i will wait for u."
x dapat aku menekan keypad telefon aku dengan ucapan jujur walaupun bukan secara face to face. yang pasti hatiku bukan miliknya dan itu takkan sesekali terjadi. aku lebih suka hidup single. pengakuan willie itu aku ceritakan pd cheryl dan azlyn. mereka berdua turut tidak percaya dan paling teruk sekali mereka berdua ketawakan aku! baiknye kawan aku dua org ni. belum lagi aku cerita dengan Nurul. tp tak mungkin aku menceritakan hal ini kepada nurul biarkan antara kami saja. dan yang pasti selepas ini, aku akan menjadi kekok untuk berdepan dengan willie.