Monday, May 23, 2011

23 mei 2011

spatutnya aku update blog ni semalam. sebabnya aku happy sgt2 sebab aku dpt tawarn dr politeknik kuching. bidang yg aku minat skali iaitu mechanical engineering.. gosh !! cant believe it. tp lam happy2 nie..aku cdeh la jgak. sebab nye, aku akn merindui kwn2 ku. gosh ! mcm2 perasaan aku ni. xtau nak tulis apa. oh ya. aku masih ada masa sebulan lebih utk brsama mereka. itu pun kalo dpt jumpa an mereka. haaaaaaaaahhh ! aku merindui saat itu. perlu kha aku meninggalkan kenangan itu? aku xkan sesekali melupakan kenangan itu. :)

Saturday, May 21, 2011















rindu punya pasal..aku upload pic2 kenangan lama kmi. hahhhh..i miss this moment. i miss damn much ! x mampu ku ungkapkan dengan kata2. oke...now my tears run down my face. :'(

21 mei 2011

hahhhhhhhh ! hari aku sgt letih sebab ada gotong - royong kat skolah. walaupun letih tp best la jugak. pengalaman pertama aku angkat tong sampah besar dan buang sampah an banyak skali. sakit punggung dowhhh!. nak tau tak. aku bukannya bkerja an genk2 aku, tp bekerja an kwn2 baru dr skolah lain. walaupun agak janggal, tp best la jugak. maklumlah. aku ni kan peramah tp pemalu jugak haha.

the day before, ialah sesi terakhir orientasi kmi. dimana, kmi ada sesi bersama an pengetua. hmm, paham2 je la apa yg dia ckp. apa-apa pun yg dia ckp, aku x kesah. tp aku nak ucapkan ribuan terima kasih an dia. tau nape? sebab, setelah apa yg dia buat kat kmi, kmi telah membentuk sebuah family yg sgt happy. mungkin org akn kata kmi ego. yes kmi ego. tp keegoan kmi mampu membuat org lain sedar bahawa, kmi bukan seteruk yg mana. kmi masih mampu bekerjasama. kmi masih mampu tersenyum. apa- apa pun alasan dia untuk membenci kami, aku tak kesah. kerna, semakin dia benci kat kami, kmi semakin bersatu. itulah kekuatan kami sekelas. bkn sekadar hanya bersahabat, tp kmilah adik beradik. for all my der2 n denk2, walaupun kita dh x brsama, tp kenangan kita mengiringi setiap prjalanan kita. ku akan mendoakan kalian semua berjaya dl idup korang !!!.

Tuesday, May 17, 2011

17 mei 2011

hahhh..baru je smlm begelar student lower 6. ari ni dah cuti. cuti wesak day. korang nak tau tak semalam ari bahagia dan hari x bahagi aku? mcm mana itu ekk? aku pun xtau ayat apa yg aku guna ni..haha. btw, aku epy semalam sebabnya, smlm ari pertama aku masuk skolah n dapat ramai kawan baru ! hahaha..orientasi smlm paling best especially part ice breaking.:). yg ta epy nye, ricky pergi plkn. aku x kesah la dia pergi plkn, tp dh 3 hari dia tak kol or msj aku selepas perjumpaan terkhir kmi berdua minggu lepas. perjumpaan terakhir itu disangka perjumpaan yg membahagiakan, tp perjumpaan yg sgt menyakitkan pernah aku alami. ternyata selama ini aku menyimpan perasaan yg x seharusnya ku simpan. tp apakan daya, aku hanyalah insan biasa yang hanya ingin mencintai dan dicintai. bak kata willie, dunia ini tidak adil.
cukup berat untuk aku ceritakan kesah malam itu. memandang cheryl dh pergi plkn juga, trpksa la aku luahkan. selama ini, segala masalah yg aku ada, termasuk mslh family, aku akn ceritakan pada dia. dialah satu-satunya sahabat aku yg paling banyak menyimpan rahsia aku.

" maybe ini prjumpaan terkhir kita." ujar rudy.
" bukan terkhir la. untuk masa 3 bulan ni je. lg pun every weekend kmi akn lawat awk an cheryl." kata lina.

aku hanya diam dan memandang mereka bersembang je. malam itu aku lbih kepada berdiam. ntah kenapa, sepatutnya aku happy, tp seharian berjalan-jalan an mereka, aku cam hilang mood je.
lepas main bowling, ricky ajak makan di pizza hut. alaaa..org dh sponsor xkan mok tolak.haha. tp, aku dan ricky disuruh menunggu kat pizza hut dulu. lina, cheryl dan roy nak gi beli barang kejap. barang apa entah.
" shamel, nanti pas sy gi plkn kmu jaga diri ekk?" kata ricky untuk memulakan bicara.
" awk tu yg sepatutnya jaga diri." balas ku plak. mata aku tidak lari dr memandang rambutnya. walaupun sudah digunting pendek, tp kelembutan rambutnya masih terserlah. x dapat aku bayang macam mana rupa dia apabila dibotakkan masa kat plkn nanti.
" pas kuar dr plkn, apa plan awk? xnak masuk form 6 ke?"
" lom ada planning lg la. my gf masuk matrix."
ya ampun ! jantung aku rasa macam nak tercabut selepas dengar perkataan " my gf". x pernah pun dia mention pasal gf dia slama ni. selama ini, dia x pernah berahsia an aku.
" gf? gf kamu yg mana ni?"
" rahsia la. xkan nak bagitau org pasal privacy kita sendiri." selamba je dia jawab. amboi ! mentang2 dh ada gf dia dh x duli sal aku la? dulu mana ada dia pernah berahsia an aku. sekang ni apasal pulak mamat ni? dia main-main ke apa?? argghhh lantak dia la. sebelum perpisah terakhir itu, dia ada bagi smthing kat sy. tp smpai skrang sy lom buka. entah kenapa aku xnak buka. aku kecewa sgt. tp salah aku jugak. yang aku perasan sgt kat dia apasal? aku bodoh kan? menyakiti hati sendiri. :(.

yang aku pelik, apasal aku kecewa sgt ni? aku kecewa sbb dia berahsia kat aku ke, sebab cinta aku x diterima? kalo cinta aku x diterima, dh sah2 aku x pernah bagitau dia pasal perasaan aku. kalo stakat dia berahsia kat aku sapa gf dia tu, xkan aku terasa sakit camni? hmm..hantam saja la labu. apa-apa pun aku share an cheryl sal perasaan aku ni. lpas ni, siapa la tempat aku meluahkan perasaan. nak harapkan azlyn dan lina?? huhhh..baik xyah, aku diketawakan ada la...haha. itu baru satu. satu lg masalah willie. smpai bila la dia nak tunggu aku? dh aku xda perasaan kat dia cmne nak terima dia. dia ni pun satu, buat aku rasa bersalah je, kang x pasal2 anak org frust menonggeng apa aku nak jawab?haha. xda la. guro je. haisssshh ! apa lagi aku nak tulis ekk? kebingongan aku ni.

oh ya ! lagu blog aku ni tajuk dia just a dream, lagu ni sesuai sgt an aku. sebabnya semua harapan aku hanyalah sekadar mimpi. :)

Wednesday, May 11, 2011

11 may 2011

guysss ! aku x henti2 miss an kwn2 aku.nape ekk? sunyi semacam je kalo xda dia org.kalo ada, menyakitkan hati.hmmm..ini lah yg dikatakan prsahabatan. dh dekat 2 minggu asyik teringatkn kisah suka duka an kwn2. eh nak bagitau ni. next week aku akan mula bersekolah. aku decide untuk masuk form 6. actually, susah utk aku buat kputusan ni, coz macam2 yg aku kena settle kan. dn pasti ini lah keputusan yang terbaik mampu aku buat. aku masih ingin blajar lagi. banyak org kata form 6 buang masa. ye ke? bagi aku, kalo nak blajar x kira buang masa ke tak. yang penting niat utuk blajar itu ada. apabila buat keputusan ini, macam2 aku pikir. terutamanya, minat aku dlm fotography. adakah aku masih meneruskannya atau tidak. seminggu aku pikirkan hal ni.

" rudy n wendy, sy nak bagitau sesuatu ni. next week sy mula bersekolah. so, susah untuk sy meneruskan misi kita ini." kata ku.
" its oke. we understand. yang penting awak blajar dulu. minat dan bakat awak jangan dilupakan. u have a talent, so go for it." kata rudy.
" sy janji, kalau masa cuti sy akan join kamu berdua, keh? susah untuk sy buat keputusan ini. coz sy minat teramat sangat lam bidang ni."
" teruskan minat awak. x jadi photograper pun xpa, janji minat dan bakat awak x dibiarkan begitu saja." wendy memberikan nasihat.

oh ya ! aku dan ricky sering berjumpa lam minggu ni. ye la, dia kan nak pegi national service next week. 3 bulan x brjumpa. parah tau ! haha. apa yang pasti, aku akan merinduinya. lagi satu ni, willie tak jemu - jemu untuk menagih cinta ku. macam2 dia buat. kalau pegi jalan2, dia yang akan spon aku. satu sen pun aku tak kuar kan duit. aku tak tau la sama ada dia ikhlas atau ingin menunjukkan betapa dia cinta kat aku.

" mel, nape awak x terima willie ek?' soal lina tiba-tiba. masa tu kmi baru lepas mndaftar kat skolah, trus lepak kat Mcdonald. aku, azlyn lina dan jacinta.
" nape? coz aku belum terbuka ati nak bercinta." jawab ku ringkas dan jujur.
" chopppp!! apa lagi yg aku x tau ni?" tanya jacinta tiba-tiba.
" eh, awk lom tau lagi ke??" tanya azlyn.kami tergelak.ye la, jacinta kan jarang kuar an kami org.kalo diajak kuar, mesti je alasan dia BUSY ! tp kalo kuar dating x busy..ish2.
" willie suka kat shamel." jawab lina selamba. aku tersipu-sipu malu. pandai malu ke aku?? hehehehe..aku mmg pemalu pun..hehe..

Tuesday, May 10, 2011

10 May 2011

before aku start aku punya entry ari ni. aku ada buat puisi khas tok korang semua, especially to all my beloved friends.

Alone in my room,
Staring at the roof,
Glancing the past,
I miss my friendz.

Everyday we met,
All day we chat,
Now lying alone,
I miss my friendz.

Days seem yearz,
No gossips to hear,
Those golden days have gone.
I miss my friendz.

Dedicated to my all precious friendz whom i never want to lose..


apasal aku buat puisi ni? coz aku rindu sangat2 an kawan aku. dalam masa seminggu ni, every nite aku teringat kenangan-kenangan bersama-sama an rakan-rakan ku, especially, kwn2 5sc Bakti. aku senyum2 sorang diri disaat mengenangkan kesah lalu. seandainya mimpi semalam itu berulang kembali, akan aku hargai setiap detik kami bersama. betul kata cikgu2 yg mengajar kmi org dulu. org yang duduk sebelah masa belajar, org yg makan semeja an kita, org yg sering mendengar luahan hati kita, org yang dikatakan sahabat sejati itu lah tidak akan selamanya berada disisi kita. seperti prinsip yang aku slalu pegang, new place, new friends n new experience. mmg sukar utk menerima kenyataan, tp itulah hakikat yg perlu kita terima.

bercakap pasal kenangan lalu, korang tau tak aku pernah x sekolah 1 minggu lebih. dhla masa tu ujian, kalau tak silap spm trial 3.kalau x silap la. sepanjang aku bergelar student dr tadika. aku tak pernah ponteng sekolah selama seminggu lebih. paling kurang pun, satu hari je aku x sekolah. apasal? sebabnya, aku operate ! dh la trial, hanya beberapa paper je yg aku sempat ambil. spm dh nak dekat, penyakit dtg melambak ! haiyyaaa.. sakit apa? i got appendicitis. appendix la tu. korang tau tak, mula2 aku kena sakitr tu, aku ingat gastrik biasa je. sampai 3 hari aku tahan. sempat lagi mak aku marah aku, apasal x pandai sembuh2 sakit aku tu. hari kita tu, iaitu hari ahad, pagi esoknya ada exam kat skolah. kira2 kol 7 hari ke-3, sakittttttttt yg teramat sgt ! tak pernah aku merasa sakit yg terok cam gitu. lepas mandi plan nak belajar, masa aku tgh pakai baju tu, ya ampun ! x dapat aku nak bagitau sakitnya macam mana. baju pun hampir x dapat dpakai.dh aku tak tahan sgt, aku terguling-guling atas katil. berdiri sakit, duduk sakit, apatah lagi baring. makin la sakit. dh tak tahan sangat.

" makkkkkkkkkkk !" jeritku dr bilik. mak aku dan adik-beradik lain tgh makan kat dapur. lepas ke-3 kali aku panggil mak aku. akhirnya pintu bilik aku dibuka.
" apahal ni?" soal mak aku.
" mak, aku dh x tahan la. sakit sgt ni."
muka aku pucat lesi. mak aku dh ketakutan. bergegas mak aku mencari kunci kereta dan memapah aku masuk ke dalam kereta, untuk hantar aku gi hospital. mak aku xnak hantar gi hospital miri coz jauh, takut apa2 terjadi kat aku. hospital paling dekat ialah columbia asia. smpai kat sana je, tempat lampu bilik emergency menyala, menandakan yg mereka sedang membersihkan mayat. itu bermakna, pada malam tu ada pesakit yang meninggal dunia. seram sejok aku dengar family2 yg meninggal tu menangis. dhla masa tu pesakit sikit je, hanya aku dan sorang baby je. bagus la. xpayah aku tahan kesakitan ini lama. tiba giliran aku, mcm2 la doktor tu tanya. dia tekan2 bahagian perut aku. dh la sakit. ditekan lagi. ingat aku anak patung ke? dh check air kencing, doctor ckp yg aku ada appendicitis, tp lom dpt dpastikan lagi, so aku kena scanning. tp doctor tu cakap, yamg sakit aku ni ada tanda2 appendix dan perlu dibedah.
" doc, tak boleh tangguh ujung minggu ni kha? coz sy ada exam spm trial." soal ku.
" awak nak nyawa awak or exam awak?" soal doctor tu balik. mst la aku nak nyawa aku, kalau xda nyawa macam mana aku nak exam. my mum terpaksa admit yg aku perlu dibedah malam tu juga. nasib baik aku tak makan dari kol 10.00 pg. kalau tak, esok baru aku dibedah.

aku langsung xda perasaan takut. ntah kenapa. yang aku mahu, aku nak cepat sembuh, buang segala kesakitan dan join kwn2 aku exam. itu je yag aku mahu. percaya atau tidak? seutas benang pun xda kat badan aku. telanjang la tu ! mula2 agak malu la. sakit punya pasal, hantam saja la labu. lepas aku berada dibilik bedah, aku dpt dengar bunyi lagu, lagu yang menyedihkan dan sgt BORING ! sebelum aku dibius, segala wayar2 dipasang dan bantuan pernafasan pun di pasang. sempat juga aku jeling kat nurse yang pasang bantuan pernafasan aku tu. nurse laki la. hensem pulak tu ! sengaja dia ajak aku berbual, lepas tu aku xtau apa yang terjadi. sedar2 je, badan aku sejok sangat. di bahagian perut aku sakit. bukan sakit yg aku tahan sebelum pembedahan tp sakit selepas pembedahan. rasa dikorek - korek je dalam perut aku ni. masa aku dikejutkan. aku hanya mampu membuka mata. lemah sgt2. rasa macam dh sebulan tak tidor ! MENGANTOK sangat. badan aku terketar-ketar.kesejokan la. mana tidak nye. aku langsung x pakai baju. baju pesakit hanya dihempap kat badan ku je. x boleh ke dia orang pakaikan aku. sejok sgt2.
" adik, adik sejok ke?" soal nurse tu. aku hanya mengangguk lemah. dia memakaikan baju untuk aku. itu pun di sarung kat tangan je. masih jugak sejok. haiyaaa. dr katil bedah aku ditukar ke katil satu lagi untuk dibawa keluar dr bilik bedah. keluar je dr bilik bedah, tukar lagi katil. pas sampai kat tingkat 2, bilik 222, tukar lagi katil. berapa banyak katil yg aku perlu tukar daaaa. nurse pun naik lenguh mengangkat aku dr katil ke katil. yg mengangkat xpa lagi. yg diangkat tu, sengsara nak mampos, bergerak sikit je, sakit bahagian yg dibedah. sejurus kemudian, doktor datang. aku malas nak layan doctor tu. mata aku mengantok sgt, mungkin kesan drpd bius td kot. mata aku tertutup tp telinga aku mendengar apa yg dikatakan oleh doktor. aku terpaksa tinggal di hospital selama 3 HARI ! sebabnya, appendix aku telah pecah dan perlu dicuci dan dijaga dengan baik. kalau aku lambat sehari, kompom aku x hidup lagi kat dunia ini.hmmm. kira kol 1.30 pagi. agak-agak ku je. aku terasa ingin muntah, belom sempat mak aku ambil bekas tmpat aku muntah, dh tersembur muntah dr mulut aku. habis rambut kesayangan aku dibalut muntah...euuuuuuwww. nak bangun, aku x berdaya. hanya mampu baring je. tu satu hal. aku muntah dengan mata tertutup. ada ke patut?? bius punya pasal la tu, mata ngantok sangat, smpai tak dapat dibuka. 5 minit lepas aku muntah, seoarng nurse masuk untuk memeriksa keadaan aku. dia periksa suhu badan aku. 40'c ! tinggi nye . aku demam la. semalam - malam nurse tu lap badan aku. dia slow penghawa dingin. dia buka lapisan pertama selimut aku untuk menurunkan suhu badan aku. punya la care nurse tu an aku. hehe. dari hari ahad smpai pagi hari rabu. aku x makan sebutir nasi dan x minum seteguk air pun. selagi aku x kencing, x berak dan x kentut. selagi tu la aku x makan dan minum. ish2. nasib baik tengahari hari rabu tu, aku ada kencing, dapat jugak minum air. x la mulut kering kontang. malam hari rabu, baru aku dpt menjamah bubur kosong. yuccckkss ! xda rasa langsung, mak aku tambahkn sikit garam kat bubur aku, baru selera sikit makan.hmmm.. sepanjang aku kat hospital tu, ramai jugak saudara-mara melawat. smpai tengah malam pun ada jugak. tak ketinggalan, kawan2 sekelas pun dtg. walaupun x semua, aku hargai keperihatinan mereka semua. ingat jugak mereka kat aku owww?? haha. yg datang melawat ari tu ialah, ricky, azlyn, brenda, lina, jacinta dan boy. org yang paling risaukan aku ialah ricky. bukannya dia nak suruh kwn2 perempuan yang duduk kat sebelah aku. mesti dia jugak duduk kat sebelah aku. sempat jugak dia kacau semua yang dicucuk kat tangan aku.

" tegok tangan awak kejap." ricky mengambil tangan sebelah kiri aku yang dicucuk untuk dimasukkan air.
" sakit ke?" soalnya, sambil mengusap2 tangan aku yang dicucuk itu.
" dicucuk dulu, x sakit. kalau di tekan sakit la. tiub tu dalam sgt la." jawabku.
ricky memang budak yang tak pandai diam. ada je benda dia nak kacau. oke la, smpai kat sini je cerita aku. nak sambung baca novel la. tajuk novel tu, cucur bawang & kopi o...pelikkan tajuk nya? tp jalan cerita memang bestttt ! adiooosss !

Tuesday, May 3, 2011

my collection










3 mei 2011

haiiiisshh ! dh masok bulan mei rupa nye. apasal blog aku sunyi lam beberapa ari ni? bukan merantau la. sebenarnya aku kat marudi dua hari je. actually, aku x buat entri baru coz aku x tau nak tulis apa. macam2 masalah yang menimpa aku. tp tu laaa..aku ni bukan jenis yg suka meluahkan perasaan kat org. dengar masalah org aku suka la. apasal aku x suka luahkan perasaan kat org? mcm2 kesah. bukan aku tak percaya dengan kawan2 aku..tp entah la. aku mcam tak nak pisang berbuah dua kali. pasal apa? sebabnya, kalo aku berkawan, aku akan hargai setiap tali persahabatan yang aku bina. sebab aku jenis yang suka bersahabat. tp, kesetiaan kita x pernah langsung dihargai. pijak kepala kita ada laaa... itu la pasal aku sekarang lebih berhati - hati untuk menjalinkan tali persahabatan yang sangat baik. kalo boleh, memang aku nak luahkan masalah aku kat blog nie..tp entah kenapa hati aku mengatakan X PAYAH. bukan aku tak trust sesiapa..tp...arggggghhhhh HANTAM SAJA LA LABU ! kepala aku masih bingong n perasaan aku kni masih bercampur baur...sorry ye kawan2 kalo aku pnya entri hari ni agak boring..hmmmm :(