Tuesday, June 28, 2011

menghitung hari

dear blogger !

3 days more left...arrgggghhhh..whats going on? this few days i cant sleep at all. i want to meet all my friends ! Guys?? i miss u all. n i hope our friendship never end. i love u all <3 !


Funny Friends
Grab a Funny Picture from pYzam.com




story telling time ! aku terkantoi !..hahahaha..kerana terlampau excited lepas ricky call aku, aku TERBERITAHU nurul. mak aiii...kantoi la pulak. skarang ni makin ramai yg tahu. Hilda, memang dh lama meneka, cuma dia xnak tanya aku. Cheryl, aku sendiri yg bgtau, sebab kmi dua x pernah berahsia antara satu sama lain, itu pun bru skrang dia tahu. sofea, mcm hilda, pandai meneka. Nurul, curious sikit. sebab aku selalu memutar belitkan cerita, tp kini aku terlepas story pulak kat dia..hahaha. hantam saja la labu.

nak bagitahu ni. sehari selepas ricky call aku, iaitu hari ahad. aku ada event kat indoor stadium. international dance for humanity. aku jd photographer jugak. tp sekejap je. DSLR aku kehabisan bateri ! kecewa teramat sangat. aku jeles tengok bro. Rudy shoot sana, shoot sini. bagi menghilangkan bosan aku jalan mengelilingi stadium. x pasal2 aku terserempak an liana. anak buah Ricky.

" eh, akak pun ada kat sini jugak?"
" a..aa..jd photographer."
" kebetulan la pula. ni hah, abg eki bagi." liana menyerahkan satu bungkusan pada ku.
" apa ni?"
" ntah, td liana pegi lawat dia kat kem. dia suruh liana bagi bungkusan ni kat akak."
" oh ye ke? ma kaseh yerr."
" sama-sama. kesian abg eki, xpat kuar sebab kena chicken pox.hahaha."
" itu la, kesian dia. oh ya, akak nak pegi ni. ma kaseh sebab sampaikan bungkusan ni."

sampai je kat rumah, aku buka bungkusan tu. ada teddy bear kecil, kiut sangat !. dan seutas gelang tangan, cantik...hehehe. dan ada sepucuk surat.

Monday, June 27, 2011

kerinduanku

dear blogger,

malam hari sabtu hari tu, aku ada event kat mega hotel. mcm2 la yg terjadi.nak dengar story aku? oke..layan beb ! :D

mula2 aku nak cerita pasal event malam sabtu tu..alaaa..malam perkahwinan cgu tusyen aku tu la. petang tu, kira2 pukul 4pm, aku dh ready kat rumah sambil tunggu bro.rudy jemput aku.aku masih lagi mengenakan baju T dan skinny jeans. kat sana nanti aku bertukar la. kami berdua nak bertolak awal, sebab nak buat preparation dulu. lebih kurang 10 minit berlalu,aku terdengar bunyi kereta diluar rumah.mungkin bro. Rudy agaknya. bisik hati ku. aku menjenguk ke luar. ya ampun !!!!!!!!!!!!!!!..korang nak tahu apa yang aku nampak? arrrrrggggggghhhhhhhhhhhh...mini copper dhoe !!! my fav car ! mini cooper kaler hitam dan strip kaler putih.ciaaaaaaaaaaaaaaaa !! cant imagine mini cooper parking kat depan rumah aku. ini bukan mimpi, ini lah kenyataan. aku terkelu dan terlopong. sejurus kemudian seorang jejaka keluar dari kereta.mak oi ! bro. Rudy?

" weii ! is it ur's??" aku menyoal.
" nope, my dad car." dia jawab an selambe je.
" x pernah pun u gitau yg u ada mini cooper?"
" u didnt ask me.hehe"
" arrrgggghhhh! its my fav car!!" aku separa menjerit, takut jiran sebelah dengar hehe.
" want to drive??"
" i want too. tp takut x berjalan, maklumlah..i excited sgt nak duduk kat keta ni. better, u jak drive."
" oh oke..just go inside n i'll drive for u." dia menghabiskan ayatnya dengan ketawa. aku masih lagi dalam keadaan trauma !..
sampai je kat mega, aku terasa tak ingin keluar dari mini cooper tersebut.tapi apakan daya, masih banyak tugas lagi yang perlu diselesaikan. aku terasa sangat happy. impian ku hampir terlaksana. walaupun x dapat memiliki, at least aku dapat duduk kat kereta tu.

dah penat sangat buat preparation, aku duduk sebentar di satu sudut, sambil menatap camera DSLR yang aku pegang dari tadi. camera itu camera yang telah dihadiahkan oleh my lovely papa atas kejayaan ku dapat masuk ke ipta. aku shoot seluruh ballroom tersebut. saja je nak hilangkan bosan. kemudian aku shoot ke arah pentas band yang akan membuat persembahan. agaknya band dari mana dia orang pilih oww. segala alat music sudah tersedia. aku tertarik pada alat musik tersebut. macam pernah aku lihat je. aku pergi ke arah pentas tersebut dan membelek-belek gitar. gitar ini macam milik studio SG Band. tp xkan lah. SG Band bukannya femes pun. byk yg tak kenal band tu. aku melangkah ke arah drum. aku mencapai stick drum tersebut dan bermain drum hanya sekadar suka suki je. bukannya pandai pun main drum..hehehe. tiba-tiba seorang gadis muncul di depan ku. aku memandang wajah itu.

" shamel?"
" sis coki?"
kami berdua saling menjerit dan berpelukan.
" hey, i miss u ! where u have been?" soal kak coki.
" aku kat sini la."
"apasal x datang jenguk kita org?"
" busy sikit la kak. eh, akak buat apa kat sini?"
" band kita akan perform malam nanti. u la?"
" oh ye ke? kebetulan la pulak. aku jadi photographer.hehe."
" waaa..mesti banyak income kan?"
" baru permulaan je la kak. akak sorang je ke? member2 lain mana?"
" dia orang pergi tukar baju kejap. hah ! tu pun abg kiut kau."
" abg kiut !!"
" eh? adik kiut pun ada kat sini jugak ke?"
" alaaa, dimana ada abg kiut, mst ada adik kiut.haha." aku mengusik. macam biasa lah. sis coki pasti meluat tengok telatah aku. mana tidaknya, asal je nampak muka kekasih hatinya tu, aku mulala tergedik-gedik..haha.
"shamel !" jerit bro.Rudy.
" yesssss?? !"
" come here please !"
" oh..oke boss ! kak, bang, mel pegi dulu keh? kawan dh panggil tu."
" kawan ke kekasih?" usik abg kiut.
" alaaaa, abg kiut ni, mel setia pada abg sorang je tau.hahahaha."
" amboi ! jangan nak mengada-ngada." jawab sis coki. kami bertiga sama-sama tergelak.

baju dh tukar, majlis dh nak bermula. aku dan bro.rudy menjalankan tugas masing2. SG band mendendangkan lagu latin, You Are The One, didendangkan oleh abg kiut. suaranya yang serak basah sambil bermain keyboard...steady la...aku terbuai dengan lagu tersebut. aku memegang kamera sambil menunggu ketibaan pengantin di depan pintu.aku harus mencari tempat yg sesuai untuk mendapatkan shoot yang terbaik. sejurus kemudian pengantin pun tiba, diiringi oleh flower boy dan flower girl yang cute, dengan menaiki kereta kawalan jauh yang muat untuk badan comel mereka berdua..memang cute sangat. diikuti oleh pasangan pengantin yang sama padan berjalan beriingan dengan perlahan. lagu U r the one masih lagi berkumandang dan diikuti dengan lagu seterusnya, aku x berapa tangkap apa lagu tersebut, kerana memberi fokus kepada tugasan ku. pengacara majlis membuat sepatah dua ucapan dan kemudian para tetamu dihidangkan dengan makanan sambil diiringi dengan lagu yang didendangkan oleh SG Band. aku dan bro. Rudy hanya menjamah sedikit makanan kemudian terus dengan tugasan masing2. kali ini, bro.Rudy, lebih kepada merakam video aku pula mengambil gambar. aku pergi ke ladies sebentar sebab nak terkucir..hehe. mana tidak nya, tak henti-henti minum air. aku masuk semula ka ballroom dan berasa heran kenapa suara penyanyi SG Band ni tak pernah aku dengar pun. xkan ada penyanyi baru?? aku cuba mencari wajah penyanyi tersebut, tetapi x jelas, kerana aku terlalu jauh dr pentas. aku berjalan menuju ke arah pentas kerana ingin mengambil gambar mereka membuat persembahan sekali gus dapat tengok muka penyanyi itu. aku terkejut besar bila dapat tahu suara itu adalah milik lelaki hensem yang aku langgar hari tu. dia bawa lagu Just The Way You Are. boleh tahan jugak dia suara dia. tapi x dapat kalahkan suara Bruno Mars laaaa..dia bukan penyanyi baru SG Band tapi hanya sekadar nak menyanyi untuk pasangan pengantin. dan aku dapat tahu dia adik kepada penganti lelaki yang berumur 2 tahun lebih tua dari aku. aku berada betul2 dihadapan pentas.entah camna aku boleh sampai kat sinu, mengelamun sampai tak sedar terlampau dekat dengan jejaka itu. dia menyanyi sambil merenung ke arah ku. aduuhhh..malu la pulak aku dibuatnya. aku berpura-pura ingin mengambil gambarnya bagi mengelakkan diri dari tenungannya. aku kemudianya beredar dari situ dan pergi ke arah bro. Rudy yang sedang sibuk merakam video. aku melihat cara dia bekerja, memang betul2 fokus. aku tak nak ganggu dia bekerja tp sempat jugak aku mengambil gambar dia yang tengah sibuk.hehehe. aku berdiri betul2 di belakang Bro. Rudy sambil mencari shoot yang cantik.

" kami ingin menjemput seorang lagi tetamu yang sudi berduet dengan saudara kita ni." kedengaran sis coki membuat pengumuman. 'haisshh! mengada-ngada pulak lelaki tu nak berduet dengan org.' aku merepak dalam hati.
" nampaknya tak da yang sudi menawarkan diri. jadi kami akan memilih secara rawak." ujar sis coki lagi.
siapa la agaknya jadi mangsa SG Band. memang malang betul lah nasib orang tu. aku tersengih sendirian. tapi aku terkaku apabila sportlight memancar ke arah aku dan bro. Rudy. ehh, takkan la bro. Rudy jadi mangsa? aku terkena tempias sportlight tersebut sebab aku berdiri betul kat blakang bro. Rudy. Bro. Rudy x seperti terkejut pun. kemudian dia mengalihkan kamera yang dipegangnya ke arah ku. ehhh...xkan laaaa...aduhhh..memang malang sangat la nasib aku. ni mst member2 SG Band punya keja. siap la korang.
" nampaknya adik photographer kita menjadi pilihan." ujar sis coki. semua tetamu memandang k arah ku. aku melemparkan senyuman yang x ikhlas.

'aduuuhhh...apa aku nak buat ni?..suara aku buakannya bagus sangat pun.'bisik hati. nak tak nak, aku pergi juga. dengan langkah yang berat aku melangkah. sis coki menghulurkan mic ke arah ku. sempat aku menjeling ke arahnya. dia hanya sekadar tersengih. lelaki tersebut tersenyum lebar. 'suka la kau tengok aku kena buli??' aku merepak dalam hati. apa pulak lagu yang dia orang nak aku nyanyi an lelaki tersebut. aku menoleh ke arah lyric stand. mak oi ! lagu marry YOU ! takda lagu yang lebih susah lagi kerr?? aduuuuhhh..hantam saja la labu !..dh la laki tu dengan sepenuh jiwa menyanyi, siap melutut time ending lagu..mak aiii..gele gelaman aku ehhh..

selesai je menyanyi, aku mengambil semula camera aku pada bro. Rudy.
"hey ! ur fon keep singing " kata bro Rudy. aku menyimpan handphone aku kat dia.
" huh?? singing> bila masa plak fon aku pandai singing?"
"asyik berbunyi la !" balas Bro. Rudy. aku cek fon aku, sms datang dari siapa pun aku tak tau. nombor yang tak aku kenali. tiba -tiba je dia tulis kata sana.

hye cute ^^ bleh berkenalan??

cute?? who r u?

im a big fan of urs.LoL.yah ! u're cute.

big fan? but wat ur name? thnx coz puji sy cute.haha

ya. minat sgt2.hihi.nama sy hagemaru. ;)

r u ricky?

who ricky? is it a handsome guy??

haisshhh..pelik nye budak ni. tp perasaan aku dapat merasakan bahawa dia adalah ricky. dari cara dia menulis msj. aku kenal sangat. sejurus kemudian dia call aku.

" hey ! its me la..eki !..haha"
" got you ! patut la cam kenal jak cara msj. hey u ! i miss u..how are u?"
"haha..miss u too.hehehe. sy kat lam wad ni. kenak chicken pok. hws life?
" hah? rily? terok ker? im fine. just miss u all.
"xla terok sangat. ni second time saya kenak."
" owww..ic..take care of urself keh? hey! wanna tell u, i'll go to kuching this weekend."
dengan nada yang gembira berubah sayu. "oh ye ke? bagus la tu. y so soon? yayy ! u shamel go to kuching. bawa taik kucing utk sy banyak2 keh?..hahaha
"ish !macam2 la awak ni. awk x sedih ke kalau saya pegi kuching? 3 taun sy kat sana owww."
" x la. sy pat cari bini bnyk2 kat miri sini..hahaha."
" curang kamu owww..sy pun leh cari laki lain.hahaha"
" hehe. carila..kat kem sini pun banyak perempuan cantik.sy lah pro mengenyit mata kat pompuan..hahha." *masing2 tak mauk kalah*
"teyyy..kanji tol.haha.pa jak la kem kamu tu. kat kampus sy nanti, lg banyak..dhla ari2 pat tgk.kamu kejap jak neyy."
" peyyy..jegit tol kmu. sampai hati kamu oww." * ada perubahan pada suara itu*
" jegit + cute kan??..haha. oh ya. im busy now..later on i text u."
" weiii...i miss u ! xkan nak tutup fon?? lom puas nak sembang an kamu."
" sy kat wedding event nie.sorry keh? pas ni sy call or text u la. keh?"
" oh oke..janji tau?"
" janji la !"

aduuuuuuuhhhhhhhhhhhh..berbunga rasa hati ini bila dia call aku. alangkah indahnya kalau dia jadi miliku. hey ! jangan la nak berangan!..

Friday, June 24, 2011

dalam angan dan sedar

dear blogger..

hampir 1 bulan ni aku merindui sahabat-sahabat ku. entah kenapa. semakin dekat kepada tarikh aku akn bertolak ke kuching, semakin hati ini dirundungi rindu. aku rindu pada hilai tawa mereka, lawak mereka. aku rindu disaat berkumpul bersama-sama jejaka classmate aku. aku rindu pada pelukan nurul. aku rindu pada usikan BJ, aku rindu pada gelak tawa Roy. aku rindu pada wajah blur Amir. aku rindu pd sikap lina. aku rindu wajah cute cheryl. aku rindu bergaduh an daddy bear. dan aku rindu pada insan yang dicintai. aku rindu kamu semua. tak ada perkataan lain yg mampu ku ungkap selain RINDU. seandainya masa boleh berulang...



i miss this sound of class. im rily2 miss u all. :'(

dalam angan dan sedar, aku semakin merindui si dia. wajar kha aku meluahkan atau ku pendamkan saja? aku mnjadi lemah bila menatapnya. dan tiada ruang untuk insan lain sekiranya aku memendamkan saja. 2 malam ini, aku tidak tidur lena. entah kenapa. memori lalu terungkap kembali. aku mengambil gitar dan cuba menendangkan lagu untuk menenangkan diri. ingin ku luahkan pada siapa tentang hati ini? padahal aku jenis yang menyimpan perasaan. petikan gitar berhenti. bilikku kembali sunyi. aku mengimbau kembali kisah yg berlaku pada ahad lepas. dr minggu pertama dia pergi plkn, aku sering sms dia. sering bertanya khabar. tp satu pun x pernah dibalas. aku pasrah. namun penantian aku tidak sia-sia, tatkala aku nampak nama dia tertera pada inbox facebook aku. hati ini sangat bahagia. tiada kata-kata lain yang ditulis, hanya bertanya khabar. kata-kata yang aku harap2kan x pernah keluar dari bibir manisnya. jiwa ini begitu terseksa tatkala mengingatkan dirimu.

ku berharap engkau lah jawaban kepada segala risau hatiku. ku takkan pernah letih untuk mencintaimu. dan ianya telah terbukti hingga kini. begitu mudah untuk orang meneka perasaan ku padamu, tp tapi tidak diri. aku pernah meluahkan isi hati ini pada Hilda, aku terpaksa meluahkan kerna dia tahu siapa yang ada dihati ini. walaupun dia begitu muda dariku, tp kata2 nasihat dia seperti insan yang jauh lebih berpengalaman dari ku.
ahhhhh...cukuplah aku menjiwang !..

nak cerita pasal malam semalam. malam esok ada majlis perkahwinan kawan ibuku yang merangkap bekas guru tusyen aku dulu. dia bukanlah seorang cikgu, tapi, engineer. buat kelas tusyen pada hujung minggu je. pasangan dia pulak seorang lawyer. waduuuhhh ! pasangan yang sangat romantik dan setia. bercinta dr zaman persekolahan. kenal dar zaman sekolah rendah. cita-cita membuatkan mereka terputus hubungan. namun cinta itu kembali berputik disaat mereka melanjutkan pelajaran pada peringkat degree di university yang sama. mereka lost contact lagi semasa lelaki tersebut terpaksa berkhidmat di luar negeri. dan kembali bertemu di suatu majlis perkahwinan sahabat mereka. dan kini sah menjadi suami isteri..waduhhh..best giler jalan cerita mereka berdua.

berbalik pada cerita aku, malam esok dia orang kahwin kat hotel. hari ini kahwin kat church. yang buat aku terlibat ialah, dia melantik aku jadi photographer. ya ampun !!! memang x disangka. pada mulanya aku menolak kerana belum cukup pengalaman. aku minta pendapat daripada bro. Rudy. dia menyarankan aku untuk menerima tawaran tersebut. bayaran agak lumayan la juga. aku membawa bro. rudy untuk terlibat dalam event ini sekali. kerana aku masih memerlukan tunjuk ajar dari dia.x sangka ini job pertama aku. itulah pasal aku busy sangat. dari hari isnin lagi aku buat persediaan. semalam, aku pergi ke mega hotel dimana majlis itu akan dilangsungkan. aku diminta untuk mengambil gambar dan video sepanjang persiapan perkahwinan hinggalah ke malam perkahwinan mereka. tapi sayang aku x dapat menyimpan gambr2 dan video tersebut kerana kehendak pasangan itu sendiri. video itu hanya untuk kenangan mereka berdua. alangkah indahnya kalau aku dapat show off kerja pertama aku tu. semalam punya cerita, syuk2 aku ambil video, aku terlanggar seorang jejaka, memang hensem gilerr...haha..mula la aku menggatal. dengan muka yang merah padam, aku minta sorry la kat dia, sebab memang salah aku pun. tp, disebabkan aku terlanggar dia aku terpaksa buat balik rakaman, sebabnya, rakaman yang tadi blur ! dengan sepantas kilat aku ambil laptop aku dan edit bahagian yang blur td. aku sedari tingkah laku ku diperhatikan. tp entah siapa. aku cuba melihat sekeliling, masing2 sibuk buat kerja. ahhh..mungkin perasaan aku je.

itu cerita malam tadi..sekarang ni cerita pagi ini. dimana perkahwinan mereka akan berlangsung di church pagi ini. pukul 5 pagi lagi aku dan bro. Rudy dah bertungkus lumus membuat preparation.
" apasal belumm tukar baju lagi?" soal bro. Rudy.
" cakap orang..dia sendiri yang belum tukar." ye la mana tidak nya. sekarang dah pukul 7 pagi. ramai tetamu yang dah sampai, kami berdua masih lagi pakai jeans. ini yang aku leceh ni. photographer pun harus pakai dress juga ke? hancur lebur la make up aku nanti. photographer bukannya duduk pun. jalan sana, jalan sini. peluh pun berbaldi-baldi.muka pun dh x kiut lagi.apa macam??..nak x nak..tukar baju jugak..dh org sponsor baju, n ada juru make up sndiri pulak tu...uuuuu...masyuk !!..ahaha.

waaa...bro. rudy look smart la pakai tuksedo !...haha.mcm dia pulak yang pengantin. tp mata ku terarah ke jejaka yang aku langgar semalam. mak oi ! hensem nye dia. simple but nice. dengan abju long sleave putih, dipadankan dengan bow tie kaler hitam..seluar slack hitam dan kasut hitam yang berkilat. serta baju kot yang masih dipegang. hensem2 bro. rudy, hensem lagi dia..cuci mata la aku nampak nye..hahhahaha.

Monday, June 20, 2011

selamat pagi dunia !

selamat pagi dunia !

fuyoooo ! my 1st time make a new entry in the early morning. now is 6:54. x la early sangat..hehehe. layan lagu jiwang sambil buat entry yg baru.

story sal semalam. semalam aku hampir mengalah, mengalah teramat sangat. kerna aku tahu aku x dapat meluahkan perasaan padanya, aku ego, teramat sangat ego dengan menafikan perasaan sendiri. mujurlah ada insan yang jauh lebih muda dari aku mengembalikan semangat ku. benar kata dia, aku harus bersemuka dengan dia. x kira apa jawapan dia sekali pun, aku harus terima. janji aku telah meluahkan perasaan yg sekian lama terpendam ini. tp hati ku berbelah bagi. bagaimana dengan cinta insan lain yg turut setia menanti ku?? hatiku diselubungi rasa bersalah. aku mengerti bagaimana rasanya cinta x berbalas. perlukah aku pendamkan saja perasaan ini? rindu ku terhadap dia semakin mendalam. sudah dua bulan sudah tidak berjumpa, apatah lagi bersms.

" mak !, mak masak apa sarapan pagi ni? lapar la." soal ku sebaik saja keluar dari bilik. memang sudah menjadi kebiasaan aku akan sarapan pagi. bangun je dari tidur, mesti cacing2 kat perut aku buat teater muzikal .
" ada nasi goreng." selamba je mak aku jawab.
dengan perut yang lapar aku segera mencapai pinggan.
" kalau ye pun, basuh la muka tu dulu. rambut sikat, kau ni tidur ke berkung fu? heyy...macam ni ke anak dara?"
aduhhh ! aku kenak lecture awal2 pagi ni...hmmm. dengan malasnya aku bangun dan melangkah pergi ke tandas. 10 minit kemudian, aku keluar dari tandas. sampai je kat dapur dh terpacak anak bujang bapak aku duak org kat meja makan sambil menikmati nasi goreng masakan mak. potong line betol la duak org tuuu..
" x pergi mana2 ke hari ni adek?" tanya ibu.
" nak pergi mana? kang, aku gi jalan2, mak merepak macam apa jak. aku dh jadi budak baik tak gi jalan2, mak tanya pulak." jawabku.
" alaaa...mak. adik tu, kalau xda laki dia ricky tu, mana ada rajin nak gi jalan2. kalau mamat tu ada. letih camne pun dia pegi je." sampuk abg aku. aku menjeling ke arah dia.
" sesedap cheese cake je abg cakap dia laki aku. kalau gf dia dengar camne? nahas aku."
" dh ada gf ekk? ingatkan adeq yg berkapel an dia."
" kita kawan je la .."
" mana la tahu."
ahhhhh..malas la aku nak bertekak an kau pagi2 ni. menikmati nasi goreng ni kan best...aduhhh. apasala lah dia org mention sal ricky awal2 pagi camni. hmmm

balik dari church, mak ajak kami pergi beli barang untuk dibawa pergi ke kuching. 3 hari berturut- turut aku shopping, x juga habis2 barang yang dibeli. payah betol la gi sambung blajar ni. banyak sgt preparation. masa aku tengah sibuk pilih barang, ada pulak hantu dari mana call aku. tercatat lam skrin telefon nama willie. tp bila aku jawab, suara lina pulak..sah dia org ni pegi jalan2..ataupun hantar cheryl balik kem. x lain tak bukan, kalau call aku, kompom bawak aku gi jalan2. korang ni salah time la...aku tengah shopping baru korang sibuk2 nak ajak aku gi jalan2..hmmm..

balik je kat rumah, ada lagi hantu yang call. haiyaaaa..

" adeq, gi lepak kat tanjung ! ajak abg skali." suara kazen aku daniel mengajak keluar.
" letih la niel. esok je la. aku baru sampai kat rumah ni."
" alaaa..kejap je. kita sekazen lepak sama2 ni. beritahu aunty la, yg aku ajak korang berdua keluar.kejap je. xkan ko tak kesian an kita org nie. x lama lagi kau ndak gi kuching." ini la kali pertama daniel merayu kat aku.
"ye la..ye la..kau jamin ke yang kita sekazen je??"
" ilex arr. kita je ni. mamat cute tu tak join punn. dtg cepat ekk?..kita org tunggu ni."
" ye la "

sampai je kat sana, bukan nya buat apa pun.bikin sakit ati ada laa...lbh baik aku tidur kat rumah drpd join dia orng tadi.
" ehh, nak pegi mana tu?" soal esabell.
" nak jalan2 kat sana kejap. sakit je menatap monyet kat sini." sindir aku. daniel hanya sekadar menjeling.
" oh oke. nak aku teman ke?"
" tak payah la. kejap je."
" jangan bunuh diri kat laut tu sudah la." usik daniel tu lagi. malas nak layan usikan dia. makin dilayan, makin minta puji !

jalan kat tepi pantai ni, teringat aku kisah-kisah lalu. ini la tempat aku n the genk slalu bersuka-ria. abis spm dulu, sini la tmpat kita org. lepas ambil result pun kat sini. macam2 moment yg ada kat sini. teringin kembali ke masa lalu. bila la kami ada masa lagi nak berkumpul? masing2 mengejar cita-cita. tempat ini juga mengingatkan aku pada ricky. tempat inilah dia selalu bawa aku untuk release tension. ini lah tempat dia mengadu masalah. seperti ada kekurangan pabila aku berada kat sini. aku berdiri diatas longgokan batu besar, menikmati kedinginan malam yg sunyi, hanya dipecahkan oleh suara ombak menghempas pantai. begitu indahnya ciptaan Tuhan. tp masih ada yang tidak menghargai alam ini.
" akak !" insan manakah yang memanggil aku itu?.aku menoleh.
" liana? apa awak buat kat sini?"
" nak tenangkan fikiran. abg eki kata, kalau stress, dtg je kat sini.akak stress ekk?"
"eh takde la. akak lepak an cousin akak td. liana ada masalah ke?"
" xda la akak. saja je dtg sini. rindu kat abg eki. lama dh tak jumpa dia. apa la agaknya kabar dia."
" akak pun dh lama x contact an dia."
" akak rindu kat dia kerr??" usik liana.
" memang la rindu. rindu sebagai kawan." jawab ku dengan senyuman entah ihklas atau tidak. sebagai kawan ke? hanya hati aku yg tahu.
" ek eleh...nak berlakon lagi la tu. mcm la aku tak tau yang akak ada hati kat abg eki."
" ish mana ada ! kita org kawan la. dia kan ada gf."
" dia mana ada gf."
" kalau takda..siapa pulak yang call aku haritu. siap maki hamun aku pulak tuu."
" tak patut. setau aku dia masih single. xkan nak berahsia an aku kot."
~~~~~wondering ~~~~~
" ahh..lupakan je la. liana dh ready nak spm ke?"
" masih nervous la kak."
" ilex arr. pray a lot. ohh ya..akak nak pergi kuching minggu depan. sambung blajar."
" yeke akak? abg eki tahu?"
" eki? dia tak tahu pun. akak x berkesempatan jumpa dia."
" ye ke...pasti abg eki sedih kalau akak pergi. oh ya. jurusan apa?"
" mechanical engineering."

liana hanya sekadar mengangguk. sedih ke ricky kalau aku pergi? lebih baik aku pergi jauh dr kenangan dari terus menanti ianya menjadi kenyataan.


Thursday, June 16, 2011

Christina Aguilera - Pero Me Acuerdo De Tí

alamak ! ujan laaa..hmmm..sejok.

eh, aku nak smbung story yg ari tu la. alaaa..yg aku kuar an kazen mazen tarzan aku tu lerr. pas aku syok2 sembang an dia. adala pulak monyet ntah dr mana msj aku. kacau daun betol lerr. aku buka n bc sms tu. nak tau dr sapa? hah! dr daniel arr. nak tau apa dia tulis? jap ekk..

ada chance la ni?


pas aku baca msj dia tu. aku toleh ke arah dia duduk. senyuman sinis dia bg kat aku. nasib baik ada jejaka kiut kat depan aku, kalo tak, abis muka dia aku baling pakai pinggan.

engkau ni kan,pantang tgk aku bahagia !

alaa..saja je nak kongsi kbhagian. x boleh ke?haha


siap kau. bailk ni abis la kau kenak aku ! aku tau kau sengaja ajak dia ikut skali kan? nak kena kan aku konon..kirim salam je la ! tau la muka dia kiut, x leh bawa ke mana punn.

alaa..salah kha aku kenalkan kau dgn kawan2 aku. lg pun dia syok kat kau la. tu pun nak jual mahal ke?

mangkuk hayun kau aku jual mahal !..aku memang mahal pun.apa? desperate sgt kha dia nak kat aku ni? dh xde perempuan lain ke dia nak jumpa? muka kiut cmtu pun x laku ke?

hahaha. sebab tu la aku kenalkan kau kat dia, sbb dia jenis yg syok kat perempuan cam kau. garang ! adventure!..paham ??

eeeeuuuuwww..geli geleman aku baca sms daniel.haha. dh arr..malas aku nak layan daniel tu. buang kredit aku je.aku dh xda mood nak berbual an jejaka kiut tu. buat bodoh je laaa..

ini semalam punye cite. semalam aku ada terima surat cinta dr politeknik !..mak ai, byk nye benda yg aku nak prepare. dh la aku belom lg prepare satu benda pun.stakat baju kurng je aku dh ada..yg lain lom lg. sabtu ni aku gi medical check up. td aku gi bank in duit utk bayar yuran poliku. busy giler2. shopping pun lom lg ni..haiyaaaaa...

Monday, June 13, 2011

dear blogger !

ari ni org gi skolah..aku tak. sebabnya aku dh berhenti skolah. aduhh..boring giler ehh..hari ini aku ada story ! story aku ari sabtu ari tu..

once upon a time...eh..cam story telling la pulak..hehe. oke2, aku serius. hari sabtu hari tu, aku jalan2 dengan cousin2 aku. ye la..lama dh tak kluar sama, rindu la jugak. lebih kurang 10 rog la kmi org masa tu. actually 9..tp ada stranger entah dr planet mana yg menympuk dlm sesi pertemuan kazen mazen tarzan aku ni. dia kawan kepada kazen aku yang bernama jason. boleh tahan orgnya. tinggi, cute pulak tu. dhla senyuman dia, adoyaiii ! menusuk kalbu dhoe..haha. aku ni berangan je lebih..ish2. ehh, tp, bak kata ricky, kalau tak ada angan2 macam mana nak berjaya? so, kata2 itu menjadi kata2 semangat bg diriku untuk berangan memilik cinta nya..haha..eee..kenja alu bunyi ehh.

jalan punya jalan. cacing2 kat perut pulak buat teater muzikal. apalagi pegi makan laaa. aku duduk betul2 dihadapan jason. adushh..malu dhoe. aku langsung tak menoleh ke arah muka tp hati ini ingin sgt. yela..aku belum tgk muka dia dr dekat. ni dah dekat, tp malu nak tengok la pulak. aku dr td menatap menatap skrin fon aku dan menekan-nekan segala butang yang ada.belakon sedang sibuk bersms la konon.padahal kredit 0.01 sen.haha..

" aik, senyap je kau ari ni?" tanya kazen aku yg suka sgt menyakat aku iatu daniel.
" huh? sapa? aku kha?" aku yg blur tiba-tiba perasan yg mereka sedang merenungku menanti jawapan dari aku.
' tak..aku tanya kat semut tu td." loyar buruk dia an aku.
" kang..aku bising, korang kata aku langau, tak henti2 bercakap. aku diam korang bising kata aku diam."
" kite org ni dh terbiasa sgt kalo kau bercakap tak henti. tp bila kau diam ari ni, rasa pelik la pulak." kata isabell
' kalau aku banyak cakap nanti jgn marah ekk?" kata ku.
mereka semua terdiam dan memandang antara satu sama lain. nak perli aku la tuuu....wueekk. aku menjelirkan lidah kepada daniel tanpa sedar jejaka kiut di depan aku tu merenung aku. aduhhh..malu sehhh.!!

masa makan aku sikit kekok. aku nak cakap an sapa? depan aku jejaka kiut yg dtg dr planet mana entah. sebelah aku isabell..sedang rancak bersembang an daniel. nak join meka dua..aku pula kena buli nnti..sebelah jejaka kiut pulak josiah . dia tu pendiam sangat la pulak. sepatah ditanya, sepatah yg dijawab. macam2 ragam la kazen mazen aku ni...haha.

" masih study ker?" jejaka hensem mengeluarkan suara emas nya. serak basah ! macho gitu..haha
"huh?..baru nak smbung study." acuh tak acuh je aku jawab.
' oh ye ke? kat mana?"
" kat poli kuch."
" oic. adik sy pun akan study kat sana. what course?"
" mechanical engineering. bulan 7 ni gi daftar. adik u laki ke perempuan?" saja je aku tanya sebab aku nak tau laki ke perempuan. kalau laki, syuk la aku..haha
" perempuan. sama la kmu dua nanti. sama jurusan n semester."
" oh ye ke?" *alamak ! melepas la pulak !* bisik hatiku. haha

Wednesday, June 8, 2011

buat insan yang dicintai

hye insan yang dicintai...
ungkapan cinta tak mampu aku luahkan dikala kau ada di depan mata
namun aku diselubungi perasaan cemburu dikala kau dimiliki insan lainitu tinggi hingga

diri ini sedar bahawa kita ibarat langit dan bumi, ibarat enggang dan pipit.
namun cintaku terhadapmu begitu tinggi hingga aku tak mampu memberi ruang kepada insan lain di hati ini.
cinta yang ku pegang setelah sekian lama ini x pernah aku terluahkan.
detik waktu yang kita luangkan bersama begitu singkat bagiku padahal, hakikatnya kita sering bersama.

tidak ada kah secebis cinta mu untuk ku?
atau dirimu telah dibutakan dengan cinta yang palsu?
atau dirimu terlalu memandang rupa paras?
tidak serik kah dikau pabila sering disakiti oleh insan lain yang kau puja?

aku sedar cinta mu bkn utk diriku.
aku hanya lah insan yang bodoh yang terlalu mengharapkan sesuatu yang tak pasti.
tanpa ku dirimu lalai, tanpaku dirimu hilang dari dunia nyata.
itu yang kau pernah ungkapkan padaku.
bukan ku ingin menagih cinta dari mu, tapi aku ingin tahu isi hati mu.

setelah sekian lama aku mengenalimu, sampai kini aku masih kabur akan status diriku dalam dirimu.
sekali pun kau tidak pernah menggelarkan aku sahabat mahupun adik, apatah lagi kekasih.
aku merindui stail rambut mu,
aku merindui senyuman manis mu,
aku merindui gurau senda mu.
aku kehilangan dikala tiada lagi luahan hati dari mu yang ku ingin ku dengar
perlu kah aku meluahkan perasaan yang terpendam ini?
tapi dimanakah kekuatan ku?
mampukah aku berhadapan dengan kekecewaan?
seandainya kau tahu akan isi hatiku ketika ini.....

buat insan yg mencintai diri ini

aku terlalu mencintai insan lain yang bukan miliku..
tp aku tak mampu membalas cinta insan yang begitu mengharapkan cinta dari ku
ku ingin melupai insan yang aku cintai dalam diam, tp makin aku lupa,
makin dia hadir dlm hidup ini.

seandainya aku diberi pilihan, akan ku pilih dirimu.
karna cinta mu terhadap ku tinggi dan tak mudah luntur.
namun hati ini terlalu keras untuk menerima kehadiran cinta mu.
terlalu keras karna terlalu mengharap akan cinta yang tak pasti.

ku mengharapkan kekerasan hati ini bisa dilembutkan dengan kekuatan cinta mu terhadap ku.
ku tak mahu diselubungi rasa bersalah.
maafkan aku kerna melukai hatimu.
hanya maaf yang mampuku ungkapkan.
terima kasih kerana mencintai diri ini yang serba kekurangan ini.

maafkan aku wahai insan yang terlalu mencintai diri ini
aku tak mampu membalas cinta mu
bukan karna insan lain, tapi karna aku belum pasti akan perasaan diri ini.
aku tak ingin diri mu terluka dengan penantian ini
aku lebih rela begini, tergantung dalam situasi yang tiada pasti penghujungnya.
ku hanya mampu berserah.

sekali pun perasaan cinta mu itu beralih,
aku pasti ianya kerna diriku.
wahai insan yang mencintaiku,
lupakanlah cinta mu itu,
carilah insan lain yang mampu membalas cinta mu itu.
ku tau ku bukan yang terbaik tuk dirimu...

seandainya kau adalah takdir ku
cinta kita xkan kemana.
tapi kini, cita-cita menjadi keutamaan diriku.
biarlah aku membawa diri untuk melepaskan gundah - gelana yang ada di hati ini.
persahabatn kita takkan terputus begitu saja.
untuk menerima cinta mu.....hanya takdir yang manentukannya.

Monday, June 6, 2011

6 jun 2011

adussshhh ! sudah lama i x update ini blog hoh?.. bukan apa, malas giler nak menaip. 28th mei till 4th June, aku celebrate hari gawai ! best giler dhoee !!! :D.dah lama x jmpa an kazen mazen tarzan aku eyh.

anyway, hati ini berat mengatakan yang aku akan meninggalkan miri. haissshhh ! macam2 kenangan aku kat miri koh. im gonna miss my family, my band n my friends. oso my cammy ! gossshhh ! mampu kha aku menghadapi semua ini. my hensem car akan dijual. alasan parents aku nak jual, coz aku gi sambung belajar. xda org nak drive kereta tu kalo aku xda. tol jugak kan? tinggal mak aku je yg pandai drive. bapa n aku xda pula kat miri. xkan mak aku nak drive dua biji kereta. macam2 kenangan aku an kereta tu. especially when im going out with my friends. smpai kunci tinggal kat dalam kereta pun pernah. adusssh! moment yg paling gila.haha. terpaksa beli pembaris besi kat kedai untuk buka keta. bukan nya ada experience buka keta tampa kunci.

story telling time !
apa aku nak story an korang ek?..arghhh...layan saja la. :(

sejak 1 minggu kebalakangan ini, aku sering menerima msj dr manusia yang bertamadun. alaaa, makhluk ciptaan Tuhan yg diberi nama, tp xnak beritahu nama. itu pun kalau makhluk ciptaan Tuhan tu x hantam org sesuka ati die je. apa? ingat aku ni tunggul ke, xda perasaan? camtu? sesedap cheese cake je dia hantam aku nak rampas boyfie dia. jgnkn boyfie dia, burit dia pun aku x kenal. dengan budi bahasanya aku membalas msj dia :

cik adik yg "baik budi bahasa" nye ni siapa? setau aku, aku x pernah bercinta dan x PERNAH rampas kekasih org. lg satu hensem ke boyfie cik adik tu smpai org lain nak kebas? ke, cik adik ni x pandai nak jaga ati boyfie cik adik tu. or cik adik yg curang?

*masak la kau an kata2 lembut berbalut cili pedas aku nih* bisik hati ku. kalo dibalas an kata2 kasar, kompom dia balas an maki hamun. ni biar aku beri ayat2 power aku ni. biar dia rasa. terasa ke? teettttttttttttt

alaa. jangan nak berlakon la. aku tau siapa kau. aku tau apa yg kau buat an boyfie aku.


ohh ye ke? oh ! baru sy ingat,baru malam td aku check in kat hotel an boyfie cik adik. dia kata dia single, baru je putus an girlfie dia. dia kata girlfie dia x menggoda sgt !

nahhh ! amik kau ! ayat power aku. payah aku nak kuar kan ayat2 manis ni. menusuk kalbu dhoe ! kalah kesedapan cheese cake. x paham bahasa betol la minah ni. 5 minit kemudian, dia call aku. amboi..mmg x paham bahasa la budak ni. xpa2 aku ready an ayat power aku. aku dengar je dia maki hamun aku..biar dia cakap puas2.

" cik adik, cik adik ada tak tanya siapa nama aku? kenal ke tidak? lain kali, kalau msj org jgn main hantam je. bg salam dulu ke, apa ke. adik aku yg berumur 3 tahun tahu berbudi bahasa an aku. cik adik yg blajar smpai ke langit ni dh x reti2 nak berbudi bahasa?" eh..bila masa plak aku ada adik 3 taun?/..hahaha..hantam saja la labu.

" kalau aku x kenal kau, xkan aku nak buang kredit msj n call minah murahan macam kau ni."

sesedap cheese cake je dia cakap aku ni minah murahan ! aku lah minah yg paling mahal kat dunia ni. dh tu, cute pulak !..cute ke? isshhh..mstla cute.hahaha.

" abis tu, siapa aku, mana kau dpt fon number aku, siapa boyfie pujaan kau tu dan siapa KAU? "

" kau Shamel, aku dpt nombor fon kau dr fon boyfie aku dan boyfie aku ialah Ricky. dan aku kekasih dia."

aku terlopong + terngaga..alamak !
" apasal terdiam?" dia sindir aku.
adussshhh! camna aku boleh terkaku camni apabila nama Ricky di sebut? malu sehh !apa aku nak balas an dia ni. ni kes salah paham la ni. Ricky pun satu hal...hoi Ricky! apasal la kau gi PLKN disaat aku memerlukan kau. lg satu, apasal kau x bagitau aku siapa kekasih kau. hancur lebur hati ini. dengan segeranya aku mematikan panggilan itu. argghhhh! tidak !! Ricky ! kau telah menghancurkan hati ini..aik? pa hal plak aku jiwang karat mengarat ni? otak aku pun jd karat dahhh...