Wednesday, March 30, 2011

stick...( A & M)?? (part 6)

setelah selesai makan malam, seperti biasa hanya duduk sebentar di ruang tamu dan kemudian masuk ke dalam bilik menghadap laptop tak lain tak bukan berfacebook. mcm2 posting yg ada di facebook. malam ni agak ramai juga yang online. dalam kusyuk aku berchating dengan cousin ku, telefon pun berbunyi, ada mesej masuk larrr. dan tak lain tak bukan yang mesej aku itu adalah Ricky.

hey, whatcha doing?

nothing,just online.

wanna go out tonight?

malas la. oh ya! azlyn tanya when kmu nak belanja kami berdua makan cendol? haha

oke then. nvr mnd. when i get my hummer..haha.

angan - angan mat jenin! ur RM 20 still at me.

haha. just keep it. saya bukannya miskin sgt pun.haha.

pei pei pei. ingat tau, spon sy an azlyn.

tunggu saya kahwin.

kahwin an saya?haha

ya. bila dapat?

bila kamu mahu la?

masih muda la. tunggu saya ada banglo 3 buah.

another angan - angan mat jenin!

tak guna hidup kalau xda angan2..hidup tak ada tujuan nanti..

oke boss ! gtg..sleepy la..nite.


perbualan kami berhenti disitu saja. mmg seronok bergurau dengannya. perbualan yang serius menjadi lucu kalau bersembang dengannya. itulah keistimewaannya.


" awal anak mak bangun hari ni. mimpi apa malam tadi?" sindir ibuku. aku tersengih -sengih mndengar sindiran ibuku. aku duduk di kerusi yang diluar rumah smbil menikmati keindahan pagi, sementara, ibuku sibuk menyiram bunga - bunga kesayangannya. pagi itu memang cerah dan sangat indah sekali. lamnunan aku trhenti tatkala bunyi motosikal posmen menganggu kenteteraman rumah aku.
" adik!, tolong ambil surat tu." arah ibu. aku dengan malas bangun dan mengambil surat dari peti surat.
" surat apa tu?" soal ibu sementara aku masih membelek surat - surat tersebut.
" surat hutang mama la." usikku. aku agak terkejut apabila salah satu surat itu ditulis atas namaku. aku segera membuka surat itu.
" mama !" jeritku keriangan.
" apahal ni?" soal ibuku kebingungan. aku memberi surat tersebut kepada ibu. beberapa saat kemudian, sebutir mutiara indah jatuh dr mata ibu. air mata kegembiraan. ya ! aku mendapat surat tawaran melanjutkan pelajaran ke ipta iaitu uitm dalam bidang Mechanical Engineering. bidang paling aku minat sekali.

pagi itu juga aku pergi ke studio SG Band untuk berkongsi kegembiraan itu.
" tahniah adik kiut." ucap abg kiut pada aku. aku tersenyum kegembiraan. begitu juga dengan sis coki tak henti - henti sedih sebab aku bakal meninggalkan band tersebut.
" bila adik nak pergi?" soal sis coki.
" awal bulan depan." jawab aku ringkas.
" cepat nye."
aku hanya terdiam. memang berat untuk aku meninggalkan band tersebut.
" bro Adam, i have to go." kataku dengan nada yang sayu. dari dulu lagi bro adam memang tak ingin mengeluarkan aku dari band tersebut.
" its ok. abg sokong keputusan awak. its ur future. jangan risau, awk tetap menjadi ahli band ini. kami xkan mencari pengganti awk."
kata - kata bro Adam menyentuh hatiku.
" dont be sad. sekarang ni kita celebrate kejayaan shamel keh?" cadang bro Bobby.
" cantekk !" jawab bro kiut.
aku menghabiskan hariku bersama SG Band. bermain - main di studio SG band. bergurau senda dengan mereka. nasib baik mood bro Adam hari ini ok. hehe. hari ini hari bahagiaku bersama member - member SG Band. dari pagi sampai ke malam membina memori yang indah. aku membuat keputusan untuk tidak memberitahu Ricky buat masa terdekat ini kerana aku tahu aku tak mampu menerima apa yang bakal terjadi dan aku tahu dia sangat - sangat memerlukan aku buat masa sekarang.

Tuesday, March 29, 2011

hAppY TiMe :D

































24.03.2011 ... is my happay day. Having a Great time with my Friends. we just like a FAMILY :)...

Friday, March 25, 2011

stick...( A & M)?? (part 5)

hari ini aku tidak pergi kemana-mana.kerja aku hanya online saja.memamng itulah rutin harianku. facebook je memanjang. aku dijemput untuk menghadiri Reunion Party. siapa punya idea, aku malas mok ambik peduli. yang pasti bekas-bekas pelajar 5sc Bakti dijemput ke party tersebut. dan sudah semestinya aku datang, kerana rindu sangat2 dengan kawan2.maklumlah, masing-masing sibuk.

hey. ada nampak invitation saya?
tiba-tiba nurul chat dengan saya.
ada.

mesti datang tau? inform yang lain juga.

sudah semestinya datang. aku memang dah agak, awak punya keja la event ni.haha

rindu sangat la dengan kawan2.

perbualan kami terhebti disitu saja. tiba-tiba, telefon aku berbunyi.
" hye cutie." tak lain tak bukan, memang ricky.
" ye sayang?hahaha."
"ari sabtu ni ada reunion party. tau ke?"
"dah.baru je online tadi. nape?"
"awak bawa keta ek?"
" nak bawa, tapi abang pakai."
" bawa saya punya la. saya meybe lambat datang. ada urusan penting.then, i will call u to pick me. k??"
"oke2"
"oke!!.bye sayang." giliran dia pula mengusikku.terdengar bunyi ketawa di hujung talian.

tepat pukul 8 pagi. aku bertolak ke destinasi reunion party tersebut. inilah kali pertama aku memandu kereta ricky. sangat teliti orang nya. kereta dijaga dengan rapi. maklumlah, kereta dibeli dengan gaji sendiri. aku masih ingat lagi disaat dia ingin sangat memiliki sebuah kereta. dia sanggup bekerja sambil belajar. dan akhirnya, dia dapat memiliki kereta idamannya. dia tidak pernah berputus asa dalam mengejar sesuatu keinginannya. itulah yang aku suka pada Ricky.

" SHAMELLLL !!" jerit azlyn sebaik saja nampak aku keluar dari kereta. dia be;ari kearahku lalu memlukku. aku sangat rindu pada pelukan itu. butiran mutiara kerinduan menitis satu persatu dari mata azlyn.
" eh, nape nangis?"
" rindu sangat kat awak." tersendu-sendu dia menjawab soalan aku.
" dah...dah..jangan nangis lagi. kita dah jumpa pun ni." aku menenangkan dia sambil mengelap air matanya. Azlyn memang dikenali sebagai ratu air mata sejak zaman sekolah lagi.begitu mudah untuk dia mengalirkan air mata. selain Azlyn, Aqmal,zul, Roy dan michelle turut kelihatan. banyak perubahan pada diri mereka. masing-masing dah matang.haha. tapi yang tak berubah, adalah kenakalan.
" itu kereta eki kan? mana orangnya pulak?" soal zul kepada aku.
" a..ahh..kereta dia la tu. dia ada hal sikit, nanti aku nak jemput dia la." masing-masing mengangguk dengan penerangan aku. cheryl yang baru saja sampai juga terdengar akan perbualan kami.
" aiee..makin rapat awak dengan eki?" soalan cheryl itu seperti menyindir aku.
" ala..aku bukannya tak tahu pun. kan eki dengan shamel ni kawan dari skolah rendah. kalau pergi mana-mana mesti berdua. macam belangkas. macam tak biasa pula." kata aqmal. nasib baik la Aqmal sempat menjawab.
" a..ah la kau ni. macam la tak biasa. dia orang dah macam adik - beradik la." sampuk Roy.
cheryl hanya terdiam. aku tahu, semenjak ricky mula rapat dengannya, dia kurang selesa dengan aku. aku pun tak tahu kenapa. kalau dulu, cheryl la kawan paling rapat aku. aku rindu sangat dekat dia. tapi entah, aku tak dapat luahkan.
rupa-rupanya semua ex classmate aku yang datang kecuali Ricky yang belum lagi menelefon aku. riuh - rendah party ini dibuat mereka.maklumlah, dah lama tak berjumpa, banyak sangat nak diceritakan. orang yang aktif dari awal ialah Roy, Aqmal, Zul, Jimmy dan Alvin. mereka ini memang pantang berjumpa, kecoh habis.tak cukup mengusik antara satu sama lain aku dan nurul pula jadi mangsa. memang dari zaman sekolah mereka suka cari gaduh dengan kami berdua.haha. belum lagi kalau Ricky ada, lagi kecoh. sebut pasal ricky, apasal dia masih belum telefon saya lagi? aku segera mengambil telefon bimbit dan menghubunginya.
" hello, eki! urusan awak masih belum selesai ke? dia orang tu asyik tanya sal awak la."
" urusan lama dah habis. tapi kredit habis la. saya tunggu awak call je."
" alaa..apasal tak gi top up?? awak ni pun satu la. ya la..ya la..saya jemput awak sekarang." aku memang geram la dengan Ricky tu.kadang-kadang dia buat sesuatu tak pakai otak. langsung tak berubah. sepanjang perjalanan aku merungut seorang diri. sampai la dia masuk dalam kereta. dia hanya terdiam, dia sedar akan kemasaman wajah aku. geram juga dengan kebisuan dia itu.sebaik saja sampai di party tersebut. apalagi ricky, mula la tunjuk belang dia itu dengan geng2 dia. bukannya ingat akan kesalahan dia tadi.

" lyn, cheryl dengan Roy tu bercouple ke?" bisik ku pada Azlyn. aku kehairanan melihat cheryl asyik berkepit dengan Roy spnjang di Party itu.
" awk tak tau ke? dia orang teman tapi mesra. maklumlah, cheryl ni kan student yang paling famous n menjadi rebutan ramai jejaka." kata azlyn sambil ketawa. memang tidak dinafikan. dia memang cantik.
" budak tak kiut !" raoy memanggilku. dia memang lain dari yang lain. org panggil aku cutie. dia panggil aku budak tak kiut. memang selalu carik gadoh an aku.
" ye abg hensem !" usik ku pula.
" dengar kata awk dah jadi penyanyi, ada band lagi tu."
"ish, mana ada. band tu ada la."
" eleh, x mahu mengaku la pulak. ingat kite tak tau ke? ari tu awk nyanyi masa valentine day."
aku tersipu-sipu apabila aku terkantoi. rupa-rupanya dia ada juga kat majlis tu.
" kalau aku kahwin nanti aku jmput ko menyanyi ek? jimat sikit kos." giliran zul pulak mengusik ku..kawan -kawan yang lain turut trgelak.
" amboi, suara aku ni suara emas tau. ingat free ke?" balas aku pulak.
" ala...kita kan kawan."
" oke2, enough. korang ni, asal jumpa gaduh. pantang tak gaduh la. cam ni la apa kata kita suruh Shamel menyanyi." kata nurul
aku terkejut dengan cadangan itu. nurul ni memang talam 1000 muka la. mula-mula support kita, rupanya buli kita plak. omel aku dlm hati.
" cantek !!" kata Roy.
" TAK MAHU."
" alaa..sekali ni je." kata ricky.
" tak mau la. bukan nye ada gitar pun." aku cuba memberikan alasan.
" itu ko jangan risau. Zul xkan hidup tanpa gitanya. kemana- mana saja ada gitar." Roy pula mencelah. Zul datang lalu memberikan gitarnya pada ku.
" ala..tak mau la." aku masih teguh dengan pendirian ku.
" bukannya selalu pun kami dengar suara awak. please...kali ni je." Azlyn pula memujuk.
aku mengeluh dan terpaksa menunaikan impian mereka.

aku semakin resah melihat keakraban cheryl dengan Roy. seperti pasangan bercinta. tapi tak mungkin. sebabnya, dia mesti beritahu aku kalau dia ada kekasih. dan baru hari tu dia keluar dengan Ricky. aku mnjadi bingung.
" shamel, jom kita balik." dengan tiba - tiba ricky mengajak aku balik.
" ala, kejap la. party pun belum habis lagi." aku dapat melihat sesuatu pada riak muka nya.
" balik la. aku ada hal ni."
" hal apa lagi?"
" tak nak balik sudah lah. awak balik sendiri lah !" jerit ricky pada ku. aku terkedu melihat perangai dia tiba - tiba berubah. ricky berlalu masuk ke dalam kereta. aku berlari mengekorinya. kawan- kawan yang lain terpinga -pinga melihat kami berdua. aku segera masuk ke dalam kereta. berderum saja bunyi kereta dibawa oleh ricky. dia memandu dengan laju sekali. aku hanya membisu. aku tahu apa masalah yang sedang dialaminya. seperti biasa dia akn ke tmpat yg sama untuk meluahkan segala perasaan.
" kenapa semua ini terjadi mel?" katanya setelah sekian lama diam seribu bahasa. aku masih lagi tidak menjawab soalannya.
" aku tak sangka dia perempuan yang macam itu." luah dia lagi.
" apa yang berlaku, ada hikmah disebaliknya. yang penting kita tak berputus asa. dah la tu. aku jamin mereka berdua tiada sebarang hubungan. jom kita balik, dah lewat ni."
dia mengikut langkah ku.
" saya drive ek? awak tidur je. letih sangat muka awak tu."
dia segera memberikan kunci pada ku. tak ubah seperti robot yang menerima arahan.

Tuesday, March 22, 2011

stick...( A & M)?? (part 4)

" hey cutie! ta duak ikut kem kadet polis nak?" ntah dari mana budak ni datang pun aku tak sedar. tiba - tiba je ada kat sebelah.
" boleh jugak. mesti best kan? kali ni kat mana pula?" aku memang minat bercamping. aku dengan ricky memang sehati sejiwa. badan beruniform pun sama.
" tak jauh. kat sekolah je. tak payah bayar. free je." terang ricky. ricky ialah president merangkap komander kadet polis. badan yang tinggi dan tegap sesuai amat sesuai untuk dia memegang jawatan itu.
" eki !! apa yang awak buat tu?" aku menyoal ricky yang sedang mencakul tanah untuk membuat longkang berhampiran dengan khemah kami dalam hujan. aku segera mendapatkannya.
" ni ha, mendalamkan lagi longkang ni, kalau tidak khemah kita akan banjir. hujan makin lebat." kami bercakap dengan suara yang nyaring kerana bunyi hujan lebat menenggelamkan suara kami berdua.
" saya tolong awak la." aku segera mengambil cangkul dan membantunya. kawan-kawan lain pun entah ke mana. kami berdua dalam keadaan basah kuyup. hari yang berikutnya kami berdua dikejarkan ke hospital kerana demam kuat.
kami berdua memang tidak pernah renggang. sampai pernah digosipkan pasangan bercinta di sekolah. kami berdua ketawa nak pecah perut mengingatkan kejadian itu.
bunyi lagu dari bilik adik menganggu lamunan aku. argghhh, kenapa aku mengingati kisah itu? ianya hanya tinggal kenangan dan akan terkubur dengan peredaran usia yang makin meningkat.kisah zaman sekolah itu, hanya kenangan. biarlah aku berada di dunia nyata. dunia dimana ricky tidak akan menjadi milikku. tapi persoalannya, adakah mampu untuk aku melupakan semua itu?

pada petang itu, aku menghabiskan masa di studio abg adam untuk jamming. bro. adam dan abg kiut, menyuruh aku membawa lagu baru itu untuk persembahan di imperial hotel atas jemputan pihak hotel sempena valentine day. aku sudah semestinya belum bersedia, tapi aku akan mencuba yang terbaik kerana lagu itu memang sudah sebati dengan diriku. entah kenapa, bait - bait lagu itu sungguh bermakna. penyanyi sebenar lagu itu ialah Dakmie. tajuknya ialah yang terindah.

valentine day sudah pun tiba. aku hanya menyambut bersama kawan-kawan. maklumlah, tak ada kekasih la katakan. tapi hari valentine ini sebenar aku ingin luangkan masa bersama ricky. tapi dia menghilang entah ke mana. aku menantikan ucapan darinya. namun hampa. mungkin dia menghabiskan harinya bersama cheryl. argghh..aku tak kesah semua itu. aku sekarang lebih gementar kerana sebentar lagi bakal membuat persembahan di hadapan khalayak ramai. bukannya x pernah. tp sebelum ini aku hanya bermain gitar dan back up singer je. tp malam ini bro adam, inginkan kelainan. aku bakal membuat persembahan secara solo dengan abg kiut. aku akan mendendangkan lagu itu dengan gitar akustik aku dan diiringi oleh bunyi keyboard dari abg kiut. aku sangat gementar. lebih2 lagi aku mengenakan dress yang diilhamkan oleh sis coki. aku kekok sangat. ya la..aku kan jarang pakai dress kalau tak time dinner.
" shamel! get ready." kata abg kiut. aku menarik nafas panjang dan segera melangkah ke pentas. sedikiy gugup melihat ramai pasangan-pasangan kekasih pada malam itu.
" hye, nama saya shamel. dan saya akan mendendangkan lagu yang terindah buat anda semua." kataku dan terus memetik gitar kesayanganku.

semenjak kau hadir dalam hidupku,
tiada lagi keresahan,
kau mengetuk pintu hatiku,
tanpa sedar hinggaku izinkan,

kau yang bernama cinta,
kau yang memberi rasa,
kau yang ilhamkan bahagia,
hingga aku terasa indah,


antara bait-bait lagu yang dilafazkan. sambil aku menyanyi, aku melihat kelibat seorang jejaka yang sepertinya bersendirian. aku tidak dapat melihat wajah jejaka tersebut, tp, mengapa hatiku tertarik untuk mengetahui siapa jejaka itu. sebentar kemudian aku melihat seorang gadis datang entah dari mana duduk dengan jejaka itu. lagu pun habis aku dendangkan.
setelah majlis selesai, kami pun beredar. gitar yang aku gunakan aku simpan di dalam beg lalu menggalasnya. dengan tidak sengaja, aku melanggar seorang gadis.
" oh..maaf." ucapku.
" shamel?" aku menoleh setelah gadis itu menyebut namaku.
" cheryl!! what are doing here? waaa..miss u a lot." kataku sambil memeluk cheryl. sudah agak lama aku tidak berjumpa dengannya.kami hanya berhubung melalui telefon saja.
" saja je. ari ni kan valentine day. by the way, ur voice are awesome! really2 love it."
" lupa pulak. ish, mana ada, biasa je tu. oh ya, awak datang ngan siapa?"
"me." ricky pula muncul. jadi, jejaka itu adalah ricky. patutlah macam kenal je.
" hmm. dah agak dah." usik ku padahal dihatiku siapa yang tahu.
mereka berdua hanya tersenyum.
" oh ya. i got to go. see yeah? bye!" kataku lalu beredar sebelum sempat mereka berdua berbicara. seandainya aku terus berada disitu, aku akan tersiksa.
hari yang amat memenatkan. aku tidur lebih awal pada malam itu. ingin melupakan segala yang terjadi. ingin memulakan hari esok tanpa mengingati kisah semalam.

stick...( A & M)?? (part 3)

" adik kiutttttttttttttt !!" jerit abg kiut. smnjak aku menggelar dirinya abg kiut, dia turut memanggil aku adik kiut.
" ye abg kiutttttttt?? ade ape??" aku menyahut mengikut rentak intonasi nya. kawan2 yg lain tergelak melihat gelagat kami berdua.
" ni hah, abg kiut nak minta tolong sikit ni."
" apa dia??"
" tolong nyanyi lagu ni kejap.'
" apasal pula saya? sis mana?"
"la..salah ke abg nak suruh adik nyanyi lagu ni.lagi pun, lagu ni sesuai utk suara adik la."
"malu la bang. suara sy bukannya sedap pun." aku tersengih.
"sedap tak sedap, blakang punya cerita. adik nyanyi dulu."
demi menjaga hati abg kiut, aku terpaksa menyanyi dan akhirnya aku terpikat dengan lirik lagu itu. siapa penulisnya, aku tak kesah.

" adik, kalo adik free adik slalu buat apa?? selain dr main music." soal sis coki
" saya? saya slalu online kalo tak pun ambik gambar. saya minat sangat bidan photography ni akak. tp apa kan daya hanya sekadar minat dan hobi jak la."
" oh ye ke? bagus la tu. adik tak pernah bercinta, mencintai n jatuh cinta ke sebelum ni?"
" tipu la kalau x pernah jatuh cinta dan mencintai. tapi kalau bercinta memang tak pernah."
" really?? nape ek?"
" belom terbuka hati lagi la kak."
"patut la tolak cinta bro adam...haha..tp, akak suka tengok kalau awak dan bro adam bercinta. sebab dia baik orang nya."
" tak pa la kak. he can find a girl better than me." aku menjawab dengan senyum yang ikhlas.
" adik ada minat seseorang ke? sampai tolak cinta lelaki lain?"
" bukan minat kak, cinta teramat sangat. kami berkawan dari sekolah rendah lagi. kalau dia ada masalah dia akan cerita dengan saya. apa - apa masalah dia akan mencari saya. tenang sangat kalau dia ada dengan saya. tapi, apa yang mengecewakan, dia menyukai sahabat baik saya sendiri. dan perasaannya itu hanya saya saja yang tahu."
" kawan baik adik tu tahu ke?"
" tahu. tapi masa tu kawan baik saya tu masih berpunya lagi. sekarang dah tak ada. so, maybe dia suka kat laki tu or maybe not."
" so, apa pula tindakan adik?"
"mencuba utuk menjauhkan diri dari dia. tp he still find me. dah brapa kali nombor hp tukar, tp still juga dia dapat cari saya. entah kenapa dia susah sangat nak melepaskan saya padahal dia mencintai orang lain. kalau tidak kerana persahabatn, sudah lama saya pergi dari kehidupan mereka. tapi saya sangat dengan mereka. perasaan ini tak pernah saya luahkan. hanya pada akak je."
" sabar la adik. kalau dia semakin mencari adik, trust me, dia akan menjadi milik adik."
" saya tak nak berharap la kak. penantian itu kadang2 berakhir dengan penyiksaan. biar lah saya menjauhkan diri dari dia."
" tapi itu mustahil kan?? dia tetap juga mencari adik, itu bermakna adik adalah orang yang penting dalam hidup dia walaupun dia mencintai orang lain."
" entah la akak. saya berserah je pada Tuhan. kalau dia bukan milik saya, tak apa la. tapi sangat sukar untuk saya melupakannya."
" boleh akak tahu sapa namanya??"
" Ricky Edmund."

" hello !" jawab ku dengan kasar. aku paling pantang diganggu tidur.
" hello." satu suara yang tidak asing buat diriku. suara yang aku rindu2 kan selama ini.
" eki?" ya.. itu la ricky. eki ialah nama panggilannya.
"menganggu ke?"
"eh, tak la? kenapa telefon?"
'saja je. pergi keluar kejap."
aku menurut saja perintahnya. kaki ku melangkah keluar rumah dan aku terkejut melihat wajah jejaka yang aku rindukan selama ini di depan mata. penampilannya tidak pernah berubah. dia menyadar di kereta Vios berwarna hitam sambil berpeluk tubuh dan tersenyum memandang ku. aku terasa kekok dengan pandangan itu.
" hi cutest." itu la nama ejekan yang selalu dia guna untuk memanggilku.
aku hanya tersenyum. sangat manis sebutannya itu. alangkah indahnya kalau aku memiliki hati jejaka ini.
" hey! kenapa mengelamun?" lamunan ku terhenti.
" apasal datang malam2 buta ni?"
"auntie ada kat dalam rumah ke?"
"ada."
" saya nak ajak awak keluar. kejap je. boleh ke?"
" minta izin mak dulu la." aku memang akan meminta izin dengan ibu ku, seandainya aku ingin keluar. tp berbeza dengan ricky, dia yang meminta kebenaran. ibu memang tidak pernah melarang aku keluar dengan ricky kerana ibu kenal ricky dari kecil lagi.

" kita nak pergi mana ni?" soal ku sebagai pembuka bicara. ricky sedang kusyuk memandu sambil melayan lagu - lagu yang diputarkan.
" tempat kita berdua."
tempat yang tidak pernah aku lupakan.pantai tanjung Lobang.kalau dia ada masalah, dia akan membawa aku ke sana. pemandangannya sungguh indah apabila waktu malam. dengan keadaan yang sedikit riuh rendah kerana pelanggan-pelanggan yang makan disana, sambil menikmati tiupan angin yang menyamankan. ia tempat yang menenangkan.
" awak ni mesti ada masalah kan? kalau tak, awak takkan bawa saya ke tempat ini."
" pandai awak ek"
"masalah apa lagi ni?"
"entah la. saya tak faham dengan cheryl tu. kejap kata suka, kejap tak.susah diramal la dia tu."
" owww..pasal cheryl la ni. dah agak dah.awak yang beria - ria sangat nak kat dia. pandai-pandai awak la. kawan saya tu memang liat sikit. maklum la orang cantik, peminat pun ramai, susah nak pilih." itulah hakikat sahabat baik saya cheryl tu. dia memang cantik. menjadi pujaan ramai jejaka sejak zaman sekolah lagi. tapi dia tidak memilih kawan. dia berkawan dengan sesiapa saja. saya kenal dia dari tingkatan 1.
" saya memang cintakan dia. tapi entah, kadang kala saya tak pernah faham dengan dia dan dia juga begitu."
" eki ku sayang...perkataan cinta itu memang mudah diungkapkan tapi sukar untuk dimiliki. bercinta jangan menggunakan mata, tapi hati." kataku sambil jari terlunjuk ku menunjuk ke arah dada nya.
" kenali perasaan kita sendiri." aku berbisik pada telinganya sambil berlalu meninggalkannya. hatiku terguris ketika mengungkapkan kata-kata itu.tapi itu lah dari lubuk hatiku. aku berjalan di tepi pantai sambil memenggang sandal ku. kedinginan air laut itu kadang2 terasa dia kala ombak penyentuh kaki ku. aku tidak menghiraukan ricky yang sedang memikirkan sesuatu masih tertinggal di belakang. kemudian terdengar ricky berlari anak mengejar aku yang telah jauh meninggalkannya. kami berjalan seiringan tapi sepi. hanya bunyi alunan ombak saja yang kedengaran. malam itu sungguh dingin sekali. dan aku merasakan kebahagiaan di saat berdiri di sampingnya. aku merasakan selamat apa berada dengannya. tapi adakah dia turut merasakan perasaan yang sama? jauh sekali, ini kerana dalam hatinya hanya ada cheryl saja.
" eh, ada gerai jagung panggang la. jom kita beli. saya pun dah lama tak makan jagung panggang." ricky segera memenggang tanganku lalu menarik aku ke gerai tersebut. kehangatan sentuhannya, amat mendamaikan. alangkah indahnya kalau aku memegang tangan itu selamanya. keriangan terpancar di saat ricky menikmati jagung panggang tersebut. maklumlah, jagung panggang memang makanan kegemarannya. manis jagung tersebut terasa. lebih sedap dimakan panas-panas.
" hmmmm..manisnya jagung ni. sedap betol la." kata ricky.
" ish awak ni. makan macam budak-budak la. tengok tu. habis comot muka. tunggu kejap ye?" aku segera mengambil tisu di dalam beg dan mengelap mulut nya yang comot itu. bibir nya yang merah jambu itu sangat menggoda. lirikan senyuman...ahh!! lebih manis dari jagung itu. aku tersedar dari lamunan ketika mata kami bertentangan. aku sengaja melarikan pandang itu ke arah pantai. aku tidak mahu dia sedar akan perasaan aku terhadapnya.
malam yang indah itu bagaikan sekejap saja. aku tidur dengan lena sekali pada malam itu. wajah ricky tidak pernah aku lupakan. bayangannya masih mengejarku. seandainya aku terus melayan perasaan ini, ia ibarat aku menyeksakan diri ku sendiri. ah !! aku harus lari dari mimpi ini. ricky bukan milikku. cheryl sahabat baik ku. aku tidak mampu menyingkirkan kedua-dua mereka. AKU DALAM DILEMA !

Wednesday, March 2, 2011

stick...( A & M)?? (part 2)

........semenjak balik dr sabah, bro. adam semakin rapat ngan aku. hampir setiap malam dia berSMS an aku. aku layan je la. lagipun aku anggap dia cam abg aku. msj terakhir yg ku trima dr bro adam, teramat sgt PELIK!!..

If you love someone you say it, you say it right then, out loud, or the moment just... passes you by.

' aneh yea msj anak tok koh.' bisik hati ku. msj itu menganggu tidur ku. entah kenapa. seperti ada maksud disebalik ayat itu.
" bro, apa maksud msj kmu yg temph hari tu?? pelik la.."
" i want to say it but i cant."
" nie lagi la pelik. cakap saja la, jgn pakai bhasa kiasan yg mmg mmbuat sy blur nie."
" nnti la sy gitau kamu. lom sedia gik."

sepanajng hari jamming kat studio bro. adam rasa cam rimas je. lagu2 yg dimainkan pun, jiwang semua. tau la meka semua tu ada pasangan, xkan main lagu jiwang je memanjang. x ambil peduli langsung perasaan aku eyh. lebih2 lg bro.kiut an sis coki. bercinta SAKAN sampai trsalah chord!!..adussshhh..cmni ke gaya org bercinta?? ish..ish...ish
" adam tu syuk kat kau la..tu la dia asyik nak main lagu jiwang je." kata sis coki
" memandai je. dia angaukan kekasih dia la tu. apa pula kena mengena an aku??"
" dia mana ada kekasih cik adik oi!!..dua tahun single."
" perlahan la sikit suara sis tu. nnti dia dengar la."
bro. adam sedang melayan perasaannya dgn bermain gitar di satu sudut studio itu. mmg ada kelainan pd dia.
" sis nie pun satu, kalau dia dia suka aku, mmg kiamat la dunia nie."
" apasal pulak??"
" ya la..kan dia tu hensem + macho gitu, mana la dia pndang org cam aku nie. nak kata cantik x juga. nak kata kiut, boleh la tahan..haha..itu baru satu hal. aku ni dh la GENDUT..sapa la nak kat aku ni sis. apa la yg aku nie ada."
" apa la ko nie. org kalau syg, x pandang rupa an bentuk badan la cik adik oi..org pilih hati. ada param cik adik??"
" lelaki zaman skrang nie sis, x boleh pcaya sgt. mulut je manis, tp hati..hampeh!!.."
" aku nie dh bertahun kenal an adam tu. kami kwn dr kecik lagi. ko apa tahu pasal dia?? aku kenal sgt ngan dia tu. tp ego dia tinggi."
" biar la sis. malas arr nak ckp sal nie. lg pun, aku masih muda, mok enjoy lok, study lok, cari duit lok..masa depanku lebih penting. chewaaah..haha..kalau dia suka aku pun apa salah nye, dia hensem apa...hahahahaha."
sis coki hanya menggelengkn kepala.

padam malam itu, dia meluahkan segala perasaan nya pd ku melalui tlfon. apa yg sis coki cakap mmg benar.dia lain dr yg lain. tp aku belum bersedia utk semua itu. aku memberitahu nya juga tentang semua impian ku, dan belom trbuka hati utk BERCINTA. bro. adam sedikit kecewa namun msh mampu utk menerima.
hampir dua mminggu aku tdk pergi jamming dgn mereka. aku msh belum bersedia utk berdepan dengan bro. adam. cukup lah sekadar hubungan abg dan adik..



* wait for part 3*

stick...( A & M)?? (part 1)

....khidupan ku mjd sebahagian dr SGB (secret generation band)mmbntu ku melupakn sebentar sgl masalah ku...music & photographic bukanlah profession ku..tp MINAT & hobi..beban yg berat dibahu ini akn hilang seandainya aku mnjalani rutin harian ku dgn brmain gitar dan mngambil gambar :)..

saatku mnjdi member SGB, ku merasakn dunia ku ini lain..disini aku mengenali dunia sebenar, walaupun aku satu2nya member yg muda..tp mereka x prnah melayan aku spt seorang junior..sebaliknya mmberi peluang kpd ku utk mncurahkn idea...

Adam, rupa paras nya boleh thn, sgt manis bila dpandang..ahli kami trdiri dr 5 org, 3 laki,2 prmpuan, bro adam: drummer(leader),bro. bobby: bases,bro.kiut: keyboard & male vocal( actually nama dia Edward, aku memanggil dia abg kiut sbb muka dia kiut..hehe), me: guitarist & second vokalis n sis coki(aleysha): female vocal...

2 bln lepas, kmi travel gi sabah coz ada jmputan utk event di Hyatt Hotel. 5 star hotel yuuuuu!!! :D..sehari sblm event, kmi ada jamming utk buat prsediaan kat hotel tu..lbh kurang 3 jam la jamming tu. setelah selesai jamming, masing2 letih dn ingin berehat di bilik masing2..member2 lain dh kluar dr studio, letih sgt agak nye. hanya tinggal aku dan bro. Adam. kami mengemas sebelum meninggalkn studio trsebut. bro. adam ajak aku duduk berehat sebentar di cafe, aku sgt letih masa itu dan ingin balik ke bilik. agar tdk menyakiti hati bro. adam, aku trima ajakannya itu. masa tu, kmi brdua memilih utk ddk di laman cafe. damai sgt tmpat tuuu..
" awk ada apa2 plan tak lepas result spm kluar??" tanya bro adam
" plan tu ada, tp tgk la kalau ada rezeki nak continue study. nape ek??"
" xde la. ingat nak ajak awak maintain trus kat band nie. tp kalau dh rezeki awk sambung blajar, xpe la. kita org sanggup tunggu."
" nape mst tunggu sy jgak?? cari la org lain sbg ganti. sy join band nie pun suka2 je.hehe"
" ssh sgt tau nak cari org yg mdh serasi an kita nie. lagipun, sy suka awk join band ni."
" suka je?? x cinta ke??" aku mengusik abg Adam
" kalau org sudi apa salahnya."
'alamak!! aku pula yg trkena. malu dhoe!!' bisik ati ku..

aku balik ke bilik stlh puas brsmbang ngan bro. adam.
" aik, lama juga awk x balik. dating an Adam eeyhhh." sakat sis coki
" ish!! mane ade. dia spon minum kat cafe td. nape?? jeles ke??..haha.."
" ish, xde makna nye nak jeles. u tau x, adam tu, skali pun x prnah ajak sy kluar sorang2. kalau kluar pun, dgn member lain. awk baru brapa bln join band nie, dh disponser. nie mst ada apa2.." soal sis coki yg cuba serkap jarang.
" oh ye ke??..nasib aku baik la tu, dia ajak aku minum.haha.eh, bro adam tu ada pacar ke?? x pernah pun nampak dia bergaul an mana2 prmpuan slain sis an sy."
tdk dinafikan mmg bro adam rapat dgn sis coki sblm aku mmber band nie. mula2 dulu, aku ingat bro adam kapel ngan sis coki. rupa nya tidak. sis coki kapel an pemain keybord kmi bro kiut. melepas aku nak tackle bro kiut..hahaha
tp meka dua mmg cun la..sorang kiut sorang cantik. sweeetttt kapel..hehe.