" adik kiutttttttttttttt !!" jerit abg kiut. smnjak aku menggelar dirinya abg kiut, dia turut memanggil aku adik kiut.
" ye abg kiutttttttt?? ade ape??" aku menyahut mengikut rentak intonasi nya. kawan2 yg lain tergelak melihat gelagat kami berdua.
" ni hah, abg kiut nak minta tolong sikit ni."
" apa dia??"
" tolong nyanyi lagu ni kejap.'
" apasal pula saya? sis mana?"
"la..salah ke abg nak suruh adik nyanyi lagu ni.lagi pun, lagu ni sesuai utk suara adik la."
"malu la bang. suara sy bukannya sedap pun." aku tersengih.
"sedap tak sedap, blakang punya cerita. adik nyanyi dulu."
demi menjaga hati abg kiut, aku terpaksa menyanyi dan akhirnya aku terpikat dengan lirik lagu itu. siapa penulisnya, aku tak kesah.
" adik, kalo adik free adik slalu buat apa?? selain dr main music." soal sis coki
" saya? saya slalu online kalo tak pun ambik gambar. saya minat sangat bidan photography ni akak. tp apa kan daya hanya sekadar minat dan hobi jak la."
" oh ye ke? bagus la tu. adik tak pernah bercinta, mencintai n jatuh cinta ke sebelum ni?"
" tipu la kalau x pernah jatuh cinta dan mencintai. tapi kalau bercinta memang tak pernah."
" really?? nape ek?"
" belom terbuka hati lagi la kak."
"patut la tolak cinta bro adam...haha..tp, akak suka tengok kalau awak dan bro adam bercinta. sebab dia baik orang nya."
" tak pa la kak. he can find a girl better than me." aku menjawab dengan senyum yang ikhlas.
" adik ada minat seseorang ke? sampai tolak cinta lelaki lain?"
" bukan minat kak, cinta teramat sangat. kami berkawan dari sekolah rendah lagi. kalau dia ada masalah dia akan cerita dengan saya. apa - apa masalah dia akan mencari saya. tenang sangat kalau dia ada dengan saya. tapi, apa yang mengecewakan, dia menyukai sahabat baik saya sendiri. dan perasaannya itu hanya saya saja yang tahu."
" kawan baik adik tu tahu ke?"
" tahu. tapi masa tu kawan baik saya tu masih berpunya lagi. sekarang dah tak ada. so, maybe dia suka kat laki tu or maybe not."
" so, apa pula tindakan adik?"
"mencuba utuk menjauhkan diri dari dia. tp he still find me. dah brapa kali nombor hp tukar, tp still juga dia dapat cari saya. entah kenapa dia susah sangat nak melepaskan saya padahal dia mencintai orang lain. kalau tidak kerana persahabatn, sudah lama saya pergi dari kehidupan mereka. tapi saya sangat dengan mereka. perasaan ini tak pernah saya luahkan. hanya pada akak je."
" sabar la adik. kalau dia semakin mencari adik, trust me, dia akan menjadi milik adik."
" saya tak nak berharap la kak. penantian itu kadang2 berakhir dengan penyiksaan. biar lah saya menjauhkan diri dari dia."
" tapi itu mustahil kan?? dia tetap juga mencari adik, itu bermakna adik adalah orang yang penting dalam hidup dia walaupun dia mencintai orang lain."
" entah la akak. saya berserah je pada Tuhan. kalau dia bukan milik saya, tak apa la. tapi sangat sukar untuk saya melupakannya."
" boleh akak tahu sapa namanya??"
" Ricky Edmund."
" hello !" jawab ku dengan kasar. aku paling pantang diganggu tidur.
" hello." satu suara yang tidak asing buat diriku. suara yang aku rindu2 kan selama ini.
" eki?" ya.. itu la ricky. eki ialah nama panggilannya.
"menganggu ke?"
"eh, tak la? kenapa telefon?"
'saja je. pergi keluar kejap."
aku menurut saja perintahnya. kaki ku melangkah keluar rumah dan aku terkejut melihat wajah jejaka yang aku rindukan selama ini di depan mata. penampilannya tidak pernah berubah. dia menyadar di kereta Vios berwarna hitam sambil berpeluk tubuh dan tersenyum memandang ku. aku terasa kekok dengan pandangan itu.
" hi cutest." itu la nama ejekan yang selalu dia guna untuk memanggilku.
aku hanya tersenyum. sangat manis sebutannya itu. alangkah indahnya kalau aku memiliki hati jejaka ini.
" hey! kenapa mengelamun?" lamunan ku terhenti.
" apasal datang malam2 buta ni?"
"auntie ada kat dalam rumah ke?"
"ada."
" saya nak ajak awak keluar. kejap je. boleh ke?"
" minta izin mak dulu la." aku memang akan meminta izin dengan ibu ku, seandainya aku ingin keluar. tp berbeza dengan ricky, dia yang meminta kebenaran. ibu memang tidak pernah melarang aku keluar dengan ricky kerana ibu kenal ricky dari kecil lagi.
" kita nak pergi mana ni?" soal ku sebagai pembuka bicara. ricky sedang kusyuk memandu sambil melayan lagu - lagu yang diputarkan.
" tempat kita berdua."
tempat yang tidak pernah aku lupakan.pantai tanjung Lobang.kalau dia ada masalah, dia akan membawa aku ke sana. pemandangannya sungguh indah apabila waktu malam. dengan keadaan yang sedikit riuh rendah kerana pelanggan-pelanggan yang makan disana, sambil menikmati tiupan angin yang menyamankan. ia tempat yang menenangkan.
" awak ni mesti ada masalah kan? kalau tak, awak takkan bawa saya ke tempat ini."
" pandai awak ek"
"masalah apa lagi ni?"
"entah la. saya tak faham dengan cheryl tu. kejap kata suka, kejap tak.susah diramal la dia tu."
" owww..pasal cheryl la ni. dah agak dah.awak yang beria - ria sangat nak kat dia. pandai-pandai awak la. kawan saya tu memang liat sikit. maklum la orang cantik, peminat pun ramai, susah nak pilih." itulah hakikat sahabat baik saya cheryl tu. dia memang cantik. menjadi pujaan ramai jejaka sejak zaman sekolah lagi. tapi dia tidak memilih kawan. dia berkawan dengan sesiapa saja. saya kenal dia dari tingkatan 1.
" saya memang cintakan dia. tapi entah, kadang kala saya tak pernah faham dengan dia dan dia juga begitu."
" eki ku sayang...perkataan cinta itu memang mudah diungkapkan tapi sukar untuk dimiliki. bercinta jangan menggunakan mata, tapi hati." kataku sambil jari terlunjuk ku menunjuk ke arah dada nya.
" kenali perasaan kita sendiri." aku berbisik pada telinganya sambil berlalu meninggalkannya. hatiku terguris ketika mengungkapkan kata-kata itu.tapi itu lah dari lubuk hatiku. aku berjalan di tepi pantai sambil memenggang sandal ku. kedinginan air laut itu kadang2 terasa dia kala ombak penyentuh kaki ku. aku tidak menghiraukan ricky yang sedang memikirkan sesuatu masih tertinggal di belakang. kemudian terdengar ricky berlari anak mengejar aku yang telah jauh meninggalkannya. kami berjalan seiringan tapi sepi. hanya bunyi alunan ombak saja yang kedengaran. malam itu sungguh dingin sekali. dan aku merasakan kebahagiaan di saat berdiri di sampingnya. aku merasakan selamat apa berada dengannya. tapi adakah dia turut merasakan perasaan yang sama? jauh sekali, ini kerana dalam hatinya hanya ada cheryl saja.
" eh, ada gerai jagung panggang la. jom kita beli. saya pun dah lama tak makan jagung panggang." ricky segera memenggang tanganku lalu menarik aku ke gerai tersebut. kehangatan sentuhannya, amat mendamaikan. alangkah indahnya kalau aku memegang tangan itu selamanya. keriangan terpancar di saat ricky menikmati jagung panggang tersebut. maklumlah, jagung panggang memang makanan kegemarannya. manis jagung tersebut terasa. lebih sedap dimakan panas-panas.
" hmmmm..manisnya jagung ni. sedap betol la." kata ricky.
" ish awak ni. makan macam budak-budak la. tengok tu. habis comot muka. tunggu kejap ye?" aku segera mengambil tisu di dalam beg dan mengelap mulut nya yang comot itu. bibir nya yang merah jambu itu sangat menggoda. lirikan senyuman...ahh!! lebih manis dari jagung itu. aku tersedar dari lamunan ketika mata kami bertentangan. aku sengaja melarikan pandang itu ke arah pantai. aku tidak mahu dia sedar akan perasaan aku terhadapnya.
malam yang indah itu bagaikan sekejap saja. aku tidur dengan lena sekali pada malam itu. wajah ricky tidak pernah aku lupakan. bayangannya masih mengejarku. seandainya aku terus melayan perasaan ini, ia ibarat aku menyeksakan diri ku sendiri. ah !! aku harus lari dari mimpi ini. ricky bukan milikku. cheryl sahabat baik ku. aku tidak mampu menyingkirkan kedua-dua mereka. AKU DALAM DILEMA !













wohow !! I really wish to get to know this "Ricky" in person... ~_~
ReplyDelete