Saturday, April 2, 2011

1 April 2011

hari ni, hariku bermula seperti biasa. bangun pagi terus kemas rumah. tak sah dalam hidup aku tak kemas rumah. walaupun hari ini ibu aku tak bekerja, aku tetap juga menguruskan rumah kerana sudah minatku. dalam sibuk - sibuk aku masak kat dapur ada pulak orang call. kali ni bukan ricky tp hafiz. entah apa mimpi dia call aku.

" hah. apa kau nak?" soalku
" nak tanya ni. aku dah 3 bulan tak datang bulan. kenapa ek?"
jangan tertanya- tanya. Hafiz mmg seorang LELAKI. bukan PONDAN tp suka sangat berloyar buruk.
" mengandung la tu." terpaksa juga aku melayan karenah kawan aku sorang ni.
" macam mana boleh mengandung? dh lama tak buat "projek". dua bulan dah tak buat."
aku ketawa macam orang gila dengar kata - katanya itu sampai tak dapat membalas gurauannya.
" ada ubat untuk sembuhkan masalah aku tok kha?" dia menyoal.
" takda."
" takkan takda. awakkan perempuan."
" memang la aku perempuan. kalau nak cari ubat tu tanya 'Dr. Nurul ' la. dia maybe ada."
" awak offer doktor yang cerewet tu la. betol ke takda ni?"
" betul la. aku tak pernah ada masalah macam tu sebab aku normal. aku nak masak ni, ingat penting sangat awak telepon ni."
" rindu kat awak la tu. dulu saya nak kapel dengan awak, awak jual mahal pulak."
hafiz memang tak reti nak serius. kehidupannya penuh dengan lawak. dekat kelas dulu selalu menyakat si nurul. tu yang nurul bengang sangat ngan dia. genk sekaki dia ialah Aqmal.
" udah la. malas nak layan awak. saya tengah masak ni."
" oke la. betol takda ubat ni?"
sempat lagi dia buat lawak bodoh? hafiz..hafiz.

setelah seharian duduk dirumah semalam, ibu mengajak aku keluar jalan-jalan. lama juga aku tidak berjalan dengan ibu. seronoknya berjalan - jalan seharian dengan ibu. letih tapi bahagia. selepas balik dari berjalan - jalan dengan ibu, aku menonton televisyen sebentar. namun konsentrasiku terganggu dengan bunyi telefon. bunyi mesej masuk.

" awak buat apa tu?"
kali ini memang bukan rickky.tapi, willie.
" tengok tv lerr"
" x ganggu ke?"
" x la. ada apa ni?"
" salah ke saya msj awak?"
" x la salah. tp, xda angin xda ribut, awak tiba2 je msj. seblum ni x pernah pun."
" takut la nak msj awak.hehe."
" apa pasal pulak?"
" takut pak we awak marah lerr"
" im single but not available ok !"
" oww..ada chance la ni?"
'Mak oi. dia ni faham bahasa ke? x reti ke ayat SINGLE BUT NOT AVAILABLE?' bisik hatiku.
" sy nak bgtau awak sesuatu. jangan terkejut ek?" msj dtg lg kerana aku tidak membalas.
" apa dia?"
" saya suka awak. ini bukan main2 tp SERIUS. its happen when reunion party hari tu. saya jatuh cinta kat awak la."
"ohhh..hmm..oke.." hanya itu yang mampu aku balas. aku tidak dapat berkata apa-apa. dia yang selama ini aku anggap sebagai seorang abang, rupa-rupanya syok kat aku?
" im sorry keh? i've to say this. sy dh tak thn n perlu mengaku kat awak. sy tahu awk masih menanti seseorang."
" my answer is im not ready yet. n sy x mahu kamu terlalu mengharap."
" i know and i will wait for u."
x dapat aku menekan keypad telefon aku dengan ucapan jujur walaupun bukan secara face to face. yang pasti hatiku bukan miliknya dan itu takkan sesekali terjadi. aku lebih suka hidup single. pengakuan willie itu aku ceritakan pd cheryl dan azlyn. mereka berdua turut tidak percaya dan paling teruk sekali mereka berdua ketawakan aku! baiknye kawan aku dua org ni. belum lagi aku cerita dengan Nurul. tp tak mungkin aku menceritakan hal ini kepada nurul biarkan antara kami saja. dan yang pasti selepas ini, aku akan menjadi kekok untuk berdepan dengan willie.

6 comments:

  1. **my expressions**
    >>mata dan hati smakin mengecil
    >>kedua2 belah tgan digengggm erat
    >>gigi diketap
    >>dahi berkerut seribu
    (buruk tak rupe..hehehe)

    ReplyDelete
  2. You didn't share it with me???
    "How could you How could you just forget about me" > Mario - How could You (its a song)
    Willie,Ricky n Hafiz is so suspicious to me.. I think I can guess precisely who they are according to your story/description... hhmmmm -__-

    ReplyDelete
  3. *head's down(disappointed*
    you're my heart breaker... :(

    ReplyDelete